Kecantikan wanita itu adalah suatu yang subjektif. Sama ada kecantikan fizikal atau luaran, ia sememangnya mampu menarik perhatian siapa sahaja yang melihat, namun ada kecantikan yang lebih semulajadi dan abadi iaitu inner beauty patut diberi perhatian. Semua wanita, tidak kira warna kulit, bentuk tubuh akan tampak cantik jika memiliki inner beauty.
Kita tidak mahulah apabila seseorang mendapat jolokan ‘paling cantik’ tetapi mempunyai sikap yang kurang elok dan enak didengar.
Inner beauty atau kecantikan dalaman adalah sesuatu yang berkaitan dengan sikap, bagaimana anda menghadapi orang lain dan juga tentang kebaikan hati anda.
Saat kecantikan luaran bakal hilang seiring dengan waktu, kecantikan yang berasal dari dalam tidak akan hilang.
Baca: INI RUPANYA! PETUA RAHSIA KULIT CANTIK DAN BERSIH ORANG CINA
Ini Wanista kongsikan beberapa gambar selebriti Hollywood tanpa sebarang solekan yang boleh dikatakan miliki kecantikan semulajadi. Walaupun tanpa secalit mekap, mereka masih kekal jelita malah membuatkan kita cemburu dengan kecantikan yang dimilikinya.
Lady Gaga
Emilia Clarke
Cara Delevingne
Blake Lively
Gal Gadot
Kesha
Anne Hathaway
Emma Stone
Eva Longoria
Lorde
Alicia Keys
Adele
Naomi Watts
Kylie Jenner
Kim Kardashian
Demi Lovato
Kendall Jenner
Shakira
Tak salah nak mengenakan mekap cuma sekali-sekala apa salahnya biarkan kulit wajah bernafas. Bahkan kaum lelaki lebih memilih wanita yang bebas mekap berbanding yang sarat mekap. Tak percaya?
Menurut kajian Quarterly Journal of Experimental Psychology, apabila lelaki ditunjukan foto wanita yang bersolek dengan tidak bersolek, lelaki lantas memilih foto wanita yang tidak bersolek kerana ianya lebih menarik kerana tampil menonjolkan wajah sebenar.
Baca: 7 Sisi Wanita Yang Buat Lelaki Tergoda Menurut Fakta Saintifik