Jika anda lahir sekitar tahun 90-an hingga awal tahun 2000, anda pasti kenal benar dengan Lip Gloss atau dalam Bahasa Melayunya digelar sebagai Pengilat Bibir.
- Foto – Pinterest
Pengilat bibir adalah salah satu keperluan wajib yang digilai ramai remaja waktu itu, dimanfaatkan untuk mendapatkan hasil solekan bibir berkilau seperti yang sering ditampilkan selebriti popular Paris Hilton dan Mariah Carey.
- Sumber -Pinterest
Terdapat dalam formula cecair likat jernih dan juga berwarna, siapa sangka sebenarnya kita boleh manfaatkan lip gloss untuk kegunaan lain selain daripada pengilat bibir semata-mata.
Ini cadangan Wanista!
#1 Perapi Kening
- Sumber: Watsons
Kening berserabut tapi tak mahu cukur? Cara terbaik untuk rapikan kening anda supaya tampak sempurna dan tersusun adalah dengan menyapu pengiat bibir jernih ke atasnya.
#2 Glossy Eye Look!
- Sumber: Youtube
Hello! Gaya solekan mata glossy ini hanya untuk mereka yang berani sahaja okay! Memang sedang on-trend ketika ini, terpulang kepada anda sama ada mahu mencubanya atau tidak. Apa yang pasti, solekan mata cara ini sangat menarik dan buat anda kelihatan seperti runway model!
Tutorial Glossy Eye Look!
#3 Jadi Highlighter!
- Sumber: thegloss.com
Selagi anda ada pengilat bibir, semua pun boleh jadi. Untuk menampakkan wajah anda lebih berdimensi dan memiliki bentuk yang lebih runcing, boleh sapu sedikit cecair pengilat bibiur pada bahagian atas tulang pipi, tulang kening, batang hidung dan perincian atas bibir (cupid’s bow).
#4 Buat Gincu Baru?
Terdesak hendak warna gincu yang padan dengan warna baju? Usah risau. Untuk tidak membazirkan duit anda bagi membeli gincu baharu, dengan mudah anda boleh mencampurkan pengilat bibir dengan serbuk pembayang mata (eyeshadow) bagi menghasilkan gincu warna pilihan!
- Sumber: glossybox.co.uk
Kikis sedikit pembayang mata berwarna pilihan kemudian titiskan cecair pengilat bibir sebelum mencampurkannya lalu dioles ke bibir seperti gincu biasa. Siap!
P/s: Terpikat dengan MV Selena Gomez tampilkan solekan bibir yang dioles dengan pengilat bibir
Selamat mencuba!