Cole Haan, jenama gaya hidup Amerika yang inovatif, dengan bangganya melancarkan GrandEvølution, koleksi baru untuk kaum lelaki dan wanita yang sentiasa melangkau ke hadapan melebihi jangkaan, serta koleksi StudiøGrand yang baru untuk kaum wanita, sebagai sebahagian daripada koleksi Musim Luruh 2017 jenama ini.
Koleksi kasut GrandEvølution menambahkan daya tarikan dan reka bentuk moden pada tapak luar yang asal. Prestasi dan tradisi digabungkan pada kasut yang ramping, menawarkan keselesaan yang optimum tanpa mengorbankan gaya.
Menawarkan pergerakan, fungsi dan keanggunan yang optimum, koleksi StudiøGrand yang baru untuk kaum wanita pula direka untuk menyokong gaya hidup yang aktif dan versatil, sesuai untuk berlari dari jalan raya ke studio dan di mana-mana sahaja.
Koleksi dual jantina GrandEvølution boleh didapati bermula daripada RM1,199 untuk kasut wanita dan RM1,299 untuk kasut lelaki, manakala koleksi StudiøGrand untuk kaum wanita boleh didapati bermula daripada RM1,199.
Koleksi-koleksi GrandEvølution dan StudiøGrand yang baru boleh didapati bermula daripada hari ini di kedai-kedai Cole Haan yang terletak di:
- Pavilion KL Shopping Mall, Lot 2.01.03 Tingkat 2
- The Gardens Mall, Lot F-229 Tingkat 1