Penantian bagi peminat bintang dari Korea Selatan, G-Dragon kini berakhir apabila kaunter jualan tiket telah dibuka untuk konsert solo G-Dragon 2017 World Tour <Act III, M.O.T.T.E> In Kuala Lumpur pada 17 September, 7:30 petang di Stadium Merdeka.
Tiket konsert tersebut akan mula dijual pada 29 Julai ini di Pusat Beli-Belah Cheras Sunway Velocity, bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang dengan harga antara RM210 hingga RM710. Setiap individu hanya boleh membeli 10 keping tiket sahaja dan belian tiket pada hari tersebut akan disertakan dengan sekeping poster yang terhad. Manakala pembelian tiket atas talian boleh dilakukan pada hari yang sama pada jam 4 petang di laman TicketCharge (www.ticketcharge.com.my).
Untuk kaunter tiket terpilih akan mula menjual tiket berkenaan pada 31 Julai ini. Antara kaunter tiket terpilih yang boleh dikunjungi pembeli adalah di pusat Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan Pusat Beli-Belah The Mines dan 1 Shamelin. Kaunter tiket turut dibuka di Eden Ultimate, Kuantan dan Blonde Brunette, Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-92228811.
Harga tiket mengikut kedudukan:
- Rock zone – RM690 (bebas (berdiri))
- V.I.P – RM710 (bernombor)
- Cat 1 – RM590 (bernombort)
- Cat 2 – RM490 (bernombor)
- Cat 3 – RM390 (bernombor)
- Cat 4 – RM298 (tempat duduk bebas)
- Cat 5 – RM210 (tempat duduk bebas)
** Harga tiket sudah termasuk GST 6% kecuali RM4 untuk urusan jualan tiket
Selain Malaysia, G-Dragon juga akan mengadakan konsert yang sama di 29 bandar di Asia, Amerika Utara dan Eropah. Beliau juga bekerjasama dengan pengarah kreatif Willo Perron yang pernah bekerja untuk Rihanna, Kanye West dan Drake. Konsert ini juga sebagai identiti G-Dragon selepas 3 tahun bergelar artis solo.