Jika anda lahir sekitar tahun 90an atau awal 2000, anda pasti terbuai dengan alunan muzik rock kumpulan band terkenal Linkin Park yang diketuai Chester Bennington.
— LINKIN PARK (@linkinpark) July 20, 2017
Pernah popular dengan lagu hit seperti Numb dan Crawling, vokalis kumpulan itu yang baru menjangkau 41 tahun telah ditemui mati bunuh diri dalam keadaan tergantung di kediamannya di Los Angeles.
Rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell juga mati dalam keadaan yang sama dua bulan lalu sekitar Mei.
Untuk pengetahuan semua, semalam 20 Julai sepatutnya adalah ulang tahun kelahiran Chris yang ke-53, lapor E!.
Seperti kebanyakan bintang rock yang lain, keduanya dikatakan bertarung dengan ketagihan alkohol dan dadah namun minat terhadap muzik masih diteruskan.
Chester dan Chris adalah insan yang sangat rapat bahkan Chris sendiri pernah meminta vokalis Linkin Park itu menjadi ayah pembaptisan kepada anak lelakinya, Christopher Nicholas.
Nukilan Surat Dari Chester Untuk Sahabat Baiknya Chris Cornell
Linkin Park ditubuhkan pada tahun 1996, dan telah menjual lebih 70 juta album di seluruh dunia serta pernah menerima dua anugerah Grammy.
Chester meninggalkan seorang balu, dan enam anak hasil daripada dua perkahwinan dan pernah bercakap tentang keinginan membunuh diri akibat didera sewaktu kanak-kanak.
Tonton Video Muzik Numb – Linkin Park
Rest in peace, Chester. ❤️