Bukan sahaja mendapat perhatian media dan mata-mata paparazzi, kini si Kylie Jenner yang mempunyai empayar kosmetik terbesar dunia mempunyai ‘kembar’ tersendiri di muzium lilin Madame Tussauds, Hollywood.
BACA: Kylie Jenner Bakal Ada Patung Lilin Sendiri, Kongsi Momen di Snapchat
Patung lilin ini memang mirip wajah dan tubuh badan Kylie Jenner. Figura ini diambil semasa Kylie menghadiri acara Met Gala pada tahun lalu. Patung itu juga memakai busana yang sama ketika Kylie di Met Gala.
Memang tidak ada perbezaan yang ketara dari diri Kylie dan patung tersebut. Sempurna!
Menariknya lagi, Kylie sempat selfie bersama patung lilinya dengan menggunakan aplikasi SnapChat. Persis adik-beradik pula..
Dari gambar ini boleh lihat patung ini seolah-olah hidup dan ukirannya sudut wajah Kylie diukir tepat. Tahniah Madame Tussauds Hollywood dan Kylie kerana menghasilkan sesuatu yang menakjubkan!
BACA: Patung Lilin Baru Ryan Gosling Tidak Menjadi Dan Agak Menakutkan
Pada anda yang teringin berjumpa dengan Kylie, rasanya boleh terbang ke Hollywood untuk selfie bersama Kylie di Madame Tussauds.