Kesihatan

Linola Penawar Terbaik Pulih Kulit Kering Dan Ekzema

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Linola Penawar Terbaik Pulih Kulit Kering Dan Ekzema

Melihatkan keadaan cuaca Malaysia yang tidak tentu, kulit mudah sahaja kering lalu menyebabkan kegatalan melampau yang kadang-kala merosakkan tekstur kulit sehingga ianya bersisik dan luka-luka.

IKLAN

Linola yang merupakan jenama rangakaian penjagaan kulit kering nombor satu di German ini bakal mengubah kehidupan anda sekaligus memulih masalah kulit ekstrem seperti kulit mengelupas dan ekzema.

Foto -Arkib Wanista

Dibangunkan oleh Dr. August Wolff pada tahun 1957, setiap satu hasil inovasinya telah menjalani beberapa siri ujian klinikal bagi melihat keberkesanan yang mampu diberikan buat para pengguna yang menghidap masalah kulit. 

Sekitar majlis pengenalan Linola tempoh hari. Foto -Arkib Wanista

Ramuan utama yang melengkapkan rangkaian penjagaan kulit kering Linola ini adalah merangkumi linoleic acid yang dipercayai bisa menggalakkan pertumbuhan kulit baru yang sihat menggantikan lapisan kulit terjejas.

Selain itu, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. August terhadap tindak balas linoleic acid telah mendapati bahawa elemen tersebut yang ditambah ke dalam krim ubat-ubatan sebenarnya dapat menyalurkan nutrisi dan vitamin optimum kepada kulit manusia di mana, linoleic acid kemudiannya bertindak sebagai lapisan perlindungan yang mengunci lembapan dari bawah permukaan kulit (epidermis).

Linola Hand Lotion (75ml): RM35

Foto -Arkib Wanista

Linola Shower & Wash (300ml): RM69

Foto -Arkib Wanista

Linola Body Lotion (200ml): RM79

Foto -Arkib Wanista

Selain masalah kulit kering dan ekzema, Linola juga dipercayai dapat menjadi penawar kepada penyakit kulit lain seperti kulit bersisik, kegatalan kulit kepala, radang kulit mengelupas (chafing) dan psoriasis.

IKLAN

Senarai Penuh Rangkaian Linola 

  • Linola Lotion (200ml): RM79
  • Linola Shower and Wash (300ml): RM69
  • Linola Face (50ml): RM69
  • Linola Hand Lotion (75ml): RM35
  • Linola Foot Lotion (100ml): RM55
  •  Linola Protective Balm (50ml): RM55
  • Linola Forte Shampoo (200ml): RM69
  • Linola Sun Lotion SPF50 (100ml): RM79

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.linola.de/en]. Rangkaian penjagaan kulit kering dari hujung rambut hingga hujung kaki Linola yang diformulasi dengan linoleic acid boleh didapati dari semua rangkaian farmasi Caring seluruh Malaysia bermula Ogos 2017 nanti.