Finger Heart semua. Anda biasa buat isyarat ini tapi tahukah maksudnya?
Gerakan atau isyarat jari hati yang sering dilakukan oleh selebriti Korea adalah gerakan yang mempunyai makna cukup manis. Makna dari gerakan ini adalah untuk mengekpresikan cinta atau kasih sayang dari artis kesayangan buat para peminatnya. Dan isyarat ini sudah merebak ke negara lain.
Terkini, viral di Jepun adalah isyarat Heart Arrow. Macam mana rupanya?
Isyarat Heart Arrow iaitu ciuman manis dan hati anda panahkan pada si dia dilaporkan telah dipopular oleh Blackpink Jennie. Isyarat ini digunakan Blackpink Jennie untuk mengekpresikan rasa sayangnya kepada peminat. Digelar ‘Black Pink Heart’, kini menjadi trend yang semakin popular di kalangan remaja Jepun bahkan mula merebak ke negara lain juga.
Sebenarnya, isyarat Heart Arrow bukanlah bermula dari Blackpink Jennie tetapi ia sebenarnya dilakukan oleh Jessica, watak Rachel McAdams dalam filem The Hot Chick tetapi Blackpink Jennie yang menjadikan ianya popular semula. Impak k-pop jangan main-main tau!
Penulis yakin tidak lama lagi pasti Heart Arrow ini akan menjadi viral di kalangan peminat K-pop.
Isyarat Heart Arrow ini tersangatlah sweet dan cute.