Buat julung kalinya NH Prima International Sdn Bhd memperkenalkan Naelofar Scarf – MAYA sebagai tudung satin keluaran eksklusif oleh Naelofar Hijab. Rekaan ini mengabungkan elemen moden namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan seperti koleksi Naelofar Hijab yang lain.
Istimewanya koleksi Naelofar Scarf – MAYA ini menampilkan kelainan dengan mainan corak bermotifkan flora tropika bersama rekaan seni kontemporari berbeza dengan jenama lain. Pemilihan warna yang terang serta kilauan lembut dari fabrik satin membuatkan si pemakai sesuai mengayakan untuk fesyen kasual atau formal.
Koleksi Naelofar Scarf – MAYA terdiri dari 4 variasi warna pilihan:
MAYA Ivory (putih)
MAYA Slate (kelabu)
MAYA Azure (biru)
MAYA Fuschia (merah jambu)
Sempena pelancaran Naelofar Scarf – MAYA, terdapat dua edisi yang diperkenalkan iaitu Naelofar Scarf MAYA dan Naelofar Scarf MAYA Swarovski (Edisi Terhad). Hanya terdapat 1000 helai bagi Naelofar Scarf MAYA Swarovski. Menariknya lagi, Naelofar Hijab masih mengekalkan kelebihan dengan memberi harga mampu milik pada peminat tudung mereka.
Kebiasaannya tudung satin jenis fabrik licin dan sukar digayakan, namun hasil dari fabrik Naelofar Scarf – MAYA didatangi dua lapisan luar dan dalam fabrik yang berbeza untuk mudah dibentuk dan digayakan. Selain itu, corak bunga juga tidak secara menyeluruh kerana ia terletak di dua bahagian berbeza. Saiz tudung juga lebar (bidang 42”) dan sesuai untuk semua wanita.
Naelofar Scarf MAYA dijual pada harga RM75 dan Naelofar Scarf MAYA Swarovski (Edisi Terhad) pula hanya RM95 sahaja. Dapatkan Naelofar Scarf – MAYA di Naelofar Hijab Taman Tun, Naelofar Publika, stokis Naelofar Hijab atau di naelofarhijab.com mulai 19 Julai 2017.
Gambar Ekslusif Pelancaran Naelofar Scarf-MAYA
https://www.instagram.com/p/BWrS9ezDmTW/?taken-by=wanistadotcom