Okay, melihatkan rupa paras dan fesyen mereka, mesti anda tidak percaya kalau penulis beritahu yang semua ini sudah melepasi dan lewat 30-an. Ya, tak percaya bukan? Sebab mereka nampak muda serba-serbi.
Mungkin penampilan dari segi kulit wajah dan fesyen yang dikenakan, menjadikan mereka ini sentiasa awet muda. Iye tak?
Jang Nara, 36
Selamanya digelar ‘Korean Baby Face’! Anda percaya kini Jang Na-ra sudah berusia 36 tahun. Tidak bukan? Wajahnya dahulu dan sekarang kelihatan sama sahaja.
Gong Hyo Jin, 37
Mungkin anda merasakan aktres cantik yang terkenal dengan fesyen unik ini lewat 20-an tetapi beliau sebenarnya sudah 37 tahun dan masih lagi bujang sehingga kini.
Ha Ji Won, 39
Serius Ha Ji Won langsung tak nampak seperti 39 tahun. Wajahnya kekal ayu dan nampak forever young, langsung tak dimamah usia. Agaknya bagaimana si cantik manis ini jaga wajahnya? Menurut Ha Ji Won, beliau sentiasa memastikan wajahnya bebas solekan dan dibiarkan ‘bernafas’ sebanyak mungkin setiap kali tidak ada acara rasmi ataupun sebarang shooting.
Kim Tae Hee, 37
Antara salah seorang aktres tercantik di Korea Selatan ini sekarang sedang berbadan dua. Wahhh mesti comel sangat bayi Rain dan Kim Tae Hee. Tahniah! Rahsia Kim Tae Hee? Beliau percaya pada amalan tidak menyentuh wajah untuk elak kedutan. Cukup hanya membilas (splash) dengan air pada wajah ketika membersih muka tanpa menyentuhnya.
Jun Ji Hyun, 36
Ini satu lagi aktres Korea yang nampak forever young. Baru-baru ini seorang jurugambar berkongsi gambar Jun Ji Hyun ketika 23 tahun dan membanding wajahnya hari ini, terang dan jelas wajahnya langsung tidak berubah. Magik sungguh!
Baca: Muka Bangun Tidur Jun Ji Hyun Buat Jurugambar Terkejut, Ini Baru “Natural Beauty”
Song Ji Hyo, 36
Boleh tak penulis gelarkan Ji Hyo sebagai aktres paling real dan natural. Sebab apa? Lihat sahaja aksinya di Running Man, langsung tidak kisah akan statusnya seorang aktres, bebas bergerak demi menyelesaikan cabaran.
Baca: Jadi Perhatian! Adik Lelaki Song Ji Hyo Tawan Hati Peminat Running Man
Song Hye Kyo, 36
Bride to Be! Goddess Korea ini bakal melangsungkan perkahwinan dengan Soong Jong Ki Oktober ini. Nak cantik dan muda macam Song Hye Kyo? Rahsianya adalah putih telur, madu, air, ais dan susu.
Baca: Jom Cantik Seperti Song Hye Kyo!
Kim So Yeon, 37
Jika anda penonton tegar drama Korea, pasti anda pernah melihat Kim So Yeon beraksi dalam drama All About Eve? Ketika itu beliau masih muda remaja, sekarang sudah 37 tahun. Sama bukan wajah mereka, tak nampak tua langsung. Beruntung sangat!
Choi Ji Woo, 42
Ini bukan lewat 30-an tetapi sudah memasuki 40-an tetapi masih nampak cergas dan kekal jelita. Agaknya apa rahsia Choi Ji Woo kekal cantik jelita sebegini? Tapi yang pasti, rutin memakai sheet mask merupakan rejim kecantikan pelakon tinggi lampai untuk memastikan kulit kekal lembap seharian.
Kim Hee Sun, 40
Jika anda pernah tonton drama ‘Angry Mom’, Kim Hee Sun berjaya melakonkan watak seorang pelajar sekolah yang sangat bertenaga dan mampu memakai uniform sekolah. Apa rahsianya ye kekal cergas sebegitu? Penulis yakin faktor pemakanan yang membuatkan pelakon ayu ini kekal muda sentiasa.
Dan ada di antara mereka yang masih bujang. Tak percaya kan?