Berita & Isu Semasa

Diskaun 50 Peratus Tambang MRT, LRT, Monorel Hingga 31 Ogos Ini

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
Diskaun 50 Peratus Tambang MRT, LRT, Monorel Hingga 31 Ogos Ini

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 bagi tahun 2017, pengguna tren MRT, LRT dan Monorel akan menikmati tambang separuh harga bermula hari ini sehingga 31 Ogos ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika melancarkan fasa dua MRT1 di stesen Tun Razak Exchange di sini hari ini.

Najib turut mengumumkan tambang percuma fasa dua MRT1 yang bermula dari Muzium Negara ke Kajang sepanjang hari ini.

Laluan fasa dua MRT Sungai Buloh-Kajang yang menelan belanja RM21 bilion akan dibuka kepada orang ramai bermula 4 petang ini.

Projek MRT yang dapat disiapkan lebih awal turut mendapat pujian Najib apabila memberi penjimatan sebanyak RM2 bilion.

Laluan Sungai Buloh- Kajang merupakan pelan pertama MRT yang merangkumi kawasan Lembah Klang.

Laluan kedua MRT yang akan menghubungkan Sungai Buloh dengan Serdang dan Putrajaya dijangka siap pada 2022.

SUMBER

BACA  Putera William 'Tak Kisah' Kalau Salah Seorang Anaknya Jadi Gay!