Sukar sebenarnya untuk menggambarkan cara lelaki berfikir tentang wanita. Bila ditanya mengapa mereka suka kita dan memilih kita berbanding perempuan-perempuan cantik yang diluar sana, pasti jawapan mereka adalah, “sebab hati saya pilih awak”. Tapi apakah faktor sebenar yang menarik perhatian mereka terhadap kita?
Seperti perempuan, pemikiran mereka juga sukar diramalkan kerana manusia itu mempunyai cita rasa yang tersendiri. Namun, menurut fakta kajian saintifik, ini tujuh sisi wanita yang bisa menangkap hati KEBANYAKAN LELAKI dan dirasakannya menarik.
#1 Pinggang & Pinggul Lebar
Bak kata orang-orang kita, wanita yang berpinggul lebar itu lebih cenderung untuk melahirkan anak yang ramai. Wallahualam.
Biarpun begitu tanggapannya, memang orang lelaki sebenarnya lebih tertarik dengan mereka yang memiliki pinggul serta ukuran pinggang yang lebar berbanding mereka yang kurus melidi. Eh terasanya sebab penulis pun ‘kurus kering’ juga. Tapi tak mengapa, jodoh itu ada di mana-mana. ?
#2 Suara Nyaring
Ha, jadi siapa yang bilang suara nyaring itu bingit? Tak dinafikan, rata-rata lelaki berminat dengan wanita yang memiliki ton suara tinggi. Mungkin kedengaran lebih manja dan melambangkan feminiti sebenar!
#3 Berambut Gelap!
Untunglah kita orang Asia!
Tak perlu susah payah menukar warna rambut. Dalam pada ada antara gadis yang terdorong untuk mewarnakan rambut kepada kuning, perang dan sebagainya… lelaki sebenarnya lebih tertarik dengan warna asli rambut wanita terutamanya warna gelap seperti hitam dan brunette (coklat gelap). Mungkin warna itu akan lebih menyerlahkan bentuk muka si wanita.
#4 Tidak Bersolek Tebal
Mana-mana lelaki pun tidak gemar isteri atau teman wanitanya bersolek tebal.
menurut kajian Quarterly Journal of Experimental Psychology, apabila lelaki tersebut ditunjukan foto wanita yang bersolek dengan tidak bersolek, lelaki itu lantas memilih foto wanita yang tidak bersolek kerana ianya lebih menarik kerana tampil menonjolkan wajah sebenar.
“Jika lelaki itu setuju untuk mengahwini kamu, percayalah bahawa dia sudah bersedia memberikan seluruh jiwa dan raganya hanya untuk kamu.”
Buruk mana pun anda, dia tetap akan menerima dengan hati yang terbuka kerana cinta itu buta. ?
#5 Lengan Yang Panjang
Jangan pula ada yang pergi mengukur tangan masing-masing lepas tahu fakta ini.
Ya, menurut kajian [di sini], rata-rata lelaki akan lebih tertarik dengan wanita yang memiliki lengan yang panjang. Mungkin cara perempuan berjalan sambil menghayun kemas tangan disisi mengusik hati lelaki yang mengaggapnya seksi! ?
#6 Berbibir Merah
Tidak semestinya memakai gincu. Rajinkan diri menggunakan petua untuk menjadikan bibir merah secara semula jadi dengan mengamalkan sapuan madu atau mengetip uncang teh yang telah dibancuh semalaman pada bibir.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Journal of Personality and Social Psychology mendapati lelaki lekas tertarik sekaligus terangsang emosinya dengan rona merah yang digayakan si perempuan. Tak kisah samada pakaian mahupun solekannya, asalkan warna merah… “merah memang buat abang marah”. ?
#7 Gigi Yang Bersih
Senyuman adalah satu perbuatan yang bisa membuatkan sesiapa pun cair bila melihat. Tapi haruslah si tuan badan memiliki keadaan gigi yang bersih. Tak minta anda berhabis wang untuk putihkan gigi semata-mata. Namun semua harus sedar bahawa penjagaan oral juga sama pentingnya dengan penjagaan luaran. Jika bermekap menampakkan fizikal sahaja cantik tapi yang dalaman terabai buat apa kan?
Pakar berkata, kebanyakan lelaki kurang menyenangi gigi pasangan yang kekuningan serta tidak tersusun, Jika anda mempunyai wang lebih, bolehlah cuba memakai kancing gigi. Jika tidak, cukup sekadar pergi ke klinik-klinik gigi universiti di mana, para pelajar pergigian akan menawarkan servis cucian gigi dan pemutihan pada harga rendah. Pemeriksaan gigi berkala sepatutnya adalah enam bulan sekali! ?
Tonton Video Memaparkan Bentuk Tubuh Ideal Mengikut Zaman