Fesyen, Info Menarik

Paling Buruk! Fesyen Jeans ‘Tangkap Muat’ Ini Serius Buat Anda Keliru…

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Paling Buruk! Fesyen Jeans ‘Tangkap Muat’ Ini Serius Buat Anda Keliru…

Tidak masuk akal tetapi itulah kenyataanya hari ini. Fesyen semakin hari semakin pelik.

Lihat sahaja beberapa jeans/denim di bawah ini sebagai contoh. Pereka fesyen merealisasikan kreativiti mereka melalui rekaan jeans yang boleh dikatakan unik. Persoalannya adalah ianya unik ataupun sekadar tangkap muat, membuat sesuatu pekerjaan asalkan siap sahaja. Hurmmm…

Fesyen tangkap muat satu hal, harga yang ditawarkan juga bukan calang-calang, kalau ditukar kepada Ringgit Malaysia, alamak memang menangislah.

Anda tertarik tak miliki koleksi jeans seperti ini?

Okay ini macam mana rupanya? Tiba-tiba ada tingkap di tengah-tengah. Kalau berminat, anda boleh dapatkan di TOPSHOP.

Foto – Buzzfeed

Alahai dah berapa lama seluar jeans ini langsung tidak dibasuh? Berminat, sila dapat di PRPS.

Foto – Buzzfeed

Kalau dibiarkan sahaja tanpa perlu diikat mungkin nampak kemas sedikit. Suka, boleh beli secara atas talian di www.lyst.com.

Foto – Buzzfeed

Satu soalan sahaja, kenapa tergamak buat jeans sebegini? Jeans dari Natasha Zinko.

Foto – Buzzfeed

Wow berapa banyak zip nak letak? Mesti ramai keliru cara nak pakai. Jeans dari Vetements.

Foto – Buzzfeed

Rasanya Rihanna sahaja yang sesuai pakai jeans sebegini. Untuk pengetahuan anda jeans dari Y PROJECT berharga RM 2,445.89. Seriously??

Foto – Buzzfeed

Penulis kecewa sangat tengok jeans ini. Tapi kalau ada yang berminat, boleh beli di www.barneys.com.

Foto – Buzzfeed

Fesyen 2 in 1, dress dan jeans. Ada yang sanggup pakai? Berminat, boleh beli di www.shopbop.com.

Foto – Buzzfeed

Stress sebab seluar jeans terbalik ini berharga RM4183. Boleh beli di www.barneys.com.

Foto – Buzzfeed

Mungkin Kim Kardashian akan pakai jeans dari Topshop ini. Tapi pada penulis ini bukan Jeans sama sekali!

Ini dah macam lampin pulak.

Foto – nydailynews.com

Rekaan yang unik dan pelik dengan harga yang agak mahal. Rasanya berbaloi tak?

Komen Anda