Hiburan

Miranda Kerr Pilih Gaun Pengantin Inspirasi Grace Kelly Di Hari Bahagia. Lihat Gambar!

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Miranda Kerr Pilih Gaun Pengantin Inspirasi Grace Kelly Di Hari Bahagia. Lihat Gambar!

Selamat sudah perkahwinan Miranda Kerr bersama pengasas Snapchat Evan Spiegel yang cukup ringkas tetapi intim disertai 45 orang rakan dan kaum keluarga.

Selain majlis yang serba indah, terdapat satu lagi perkara yang tidak dapat dilupakan oleh para tetamu yang hadir iaitu busana pengantin yang dipakai oleh si cantik manis Miranda Kerr.

Foto – Vogue

Untuk hari besarnya, Miranda memilih gaun couture Dior Haute serba indah istimewa dicipta untuknya oleh pengarah seni baru jenama tersebut,Β Maria Grazia Chiuri.

Bercakap kepada Vogue tentang gaunnya itu, Miranda menjelaskan dengan ringkas; “Secara jujur, saya tidak dapat membayangkan gaun pengantin yang lebih cantik daripada ini.”

Foto – Vogue

Gaun itu diilhamkan oleh gaun ikonik Grace Kelly yang dipakai pada tahun 1956 untuk perkahwinannya dengan Prince Rainier of Monaco.

“Sumber inspirasi saya yang paling hebat adalah Grace, Audrey Hepburn dan nenek saya, yang pada usia 80 tahun mempunyai daya tarikan cukup mengagumkan sekali, dengan hanya pakaian yang selesa, blaus putih, selendang, tumit kecil,” jelas Miranda lagi.

Gaun putih suci diterapkan dengan perincian bunga teratai dan dilengkapkan dengan vale panjang meleret. Untuk vale, Miranda mengenakan mahkota dari mutiara yang direka olehΒ Stephen Jones.

Miranda Kerr terlalu cantik, tak tahu nak cakap apa. Kagum!

SUMBER

 

Komen Anda