Berita & Isu Semasa, Hiburan

Disney Dedah Pelakon Untuk Filem Aladdin, Siapa Mereka?

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Disney Dedah Pelakon Untuk Filem Aladdin, Siapa Mereka?

Setelah kecoh di media sosial, akhirnya pihak Disney secara rasmi mengumumkan barisan pelakon utama untuk watak Aladdin, Jasmine dan Genie. 

Bukan kerja mudah untuk Disney mencari pelakon yang mempunyai wajah Arab sesuai dengan asal usul cerita Aladdin. Filem Aladdin mendapat kutipan paling tinggi pada tahun 1992 dan menang Academy Awards dengan markah terbaik dan lagu tema terbaik untuk “A Whole New World.”

Sabtu lalu di D23 Expo, Disney mendedahkan Mena Massoud, aktor asal Mesir-Kanada menggalas tugas sebagai Aladdin.

Mena Massoud sebagai Aladdin. Foto – Egyptian Streets

Manakala, aktress kelahiran United Kingdom, Naomi Scoot sebagai Puteri Jasmine dan jika dahulu watak Genie pada Aladdin 1992 dilakon suara oleh mendiang Robin Williams kini diganti oleh pelawak terkenal Will Smith sebagai Genie. 

Naomi Scott sebagai Puteri Jasmine. Foto – Screen Rant
Will Smith sebagai Genie. Foto – retroent.com

Walaupun pemain layar sudah ditetapkan, namun masih ada lagi sebilangan peminat filem Disney kecewa dengan pemilihan pelakon alasan dengan status budaya dan bangsa. Jadi apa pendapat anda dengan barisan utama filem Aladdin ini? 

SUMBER 1 & 2

Komen Anda