Berita & Isu Semasa

Tunku Tun Aminah Bakal Kahwin Mantan Pengurus Pemasaran Tampines Rovers FC

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tunku Tun Aminah Bakal Kahwin Mantan Pengurus Pemasaran Tampines Rovers FC

Puteri tunggal Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim akan berkahwin dengan jejaka hati pilihannya Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos ini dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor. 

YAM TUNKU TUN AMINAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN 14 OGOS YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Bin Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos 2017 ini. "DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah memberi perkenan dan restu untuk Tunku Tun Aminah melangsungkan perkahwinannya,” kata Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli. Dalam satu sidang media di Bukit Timbalan hari ini (16 Julai), beliau berkata istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene, diikuti dengan istiadat nikah. Tuanku Sultan berkenan mewakilkan Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Muhammad Tahril Bin Dato’ Shamsudin sebagai wali. “Istiadat perkahwinan pasangan Pengantin DiRaja ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor,” kata Dato' Rahim. Beliau berkata istiadat persandingan akan diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru disebelah malam pada hari yang sama. Dennis, seorang warganegara Belanda memeluk agama Islam pada 31 Mei 2015. ~~~~~ HH TUNKU TUN AMINAH TO WED ON 14TH AUGUST HH Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim will wed Dutchman Dennis Muhammad Bin Abdullah at Istana Bukit Serene, Johor Bahru on 14 August 2017. "Their Royal Highnesses Tuanku Sultan and Permaisuri Johor have both given their blessings for the wedding, " said President of the Johor Royal Court Council, Dato' Abdul Rahim Ramli in an official announcement at Bukit Timbalan today (16th July). He said the engagement will be held at 10 am at Istana Bukit Serene, followed by the solemnisation ceremony. "The bersanding (ceremony to bless the couple) ceremony will be rich in traditional Malay and Johor Palace rites and practices," said Dato' Rahim. Dennis embraced Islam on May 31, 2015. #sultanjohor #royalpressoffice

A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

Walau bagaimanapun, istiadat perkahwinan Tunku Puteri Johor berusia 31 tahun itu dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 28, dilakukan secara tertutup di Istana Bukit Serene.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertuna­ngan akan diadakan pada pukul 10 pagi diikuti istiadat nikah di istana tersebut.

Sumber: blogspot/qasyahfulmalayworld

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Puteri Johor melangsungkan perkahwinannya.

PENGUMUMAN MAJLIS PERKAHWINAN YAM TUNKU TUN AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI SULTAN IBRAHIM PADA 14 OGOS 2017. #sultanjohor #royalpressoffice

A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

“Sultan Johor berkenan mewakilkan Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Johor sebagai wali,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan semalam.

Tunku tun Aminah dilahirkan pada 8 April, 1986 di Hospital Sultanah Aminah dan merupakan anak kedua dari enam orang adik-beradik. 

Dennis Muhammad. Sumber: touchemodels.com

Dennis sebelum ini adalah seorang pemain bola sepak dan pernah berkhidmat sebagai pengurus JDT Concept Store and Cafe sebelum memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Menurut sumber terdekat, Dennis atau nama islamnya kini Dennis Muhammad sah memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh Pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadhan, pengajian Al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya etika serta protokol istana.

Dennis Muhammad. Sumber: touchemodels.com

“Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dn pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan.

Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal,” jelas Abdul Rahim.

Untuk pengetahuan umum, Dennis dilahirkan di Lisse, Belanda da merupakan anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbass telah menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Dennis Muhammad. Sumber: touchemodels.com

Dalam masa yang sama, ada juga sumber lain mengatakan bahawa bakal suami Tunku Tun Aminah ini pernah bergelar peragawan popular di negera kelahirannya suatu ketika dahulu.

SUMBER 1, 2 & 3

Komen Anda