Berita & Isu Semasa, Hiburan

Blake Lively Terpilih Jadi ‘James Bond’ Versi Wanita!

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Blake Lively Terpilih Jadi ‘James Bond’ Versi Wanita!

Aktres cantik manis Blake Lively yang juga isteri kepada ‘Deadpool’ Ryan Reynolds dilaporkan bakal memegang watak protagonis dalam filem terbaharu perisikan. Buat pertama kali watak utama perisik dimainkan oleh wanita yang selalunya dikuasai pelakon lelaki.

Dari adaptasi novel ‘The Rhythm Section’ hasil tulisan Mark Burnell. Ia mengisarkan pembunuh upahan wanita bernama Stephanie Patrick yang mengesan pihak bertanggungjawab menyebabkan nahas kapal terbang yang membunuh keluarganya. 

Novel siri pertama Stephanie Patrick. Foto – Google

Filem ini bakal diarahkan oleh pengarah hebat Reed Morano dan beberapa orang produser dari filem James Bond. Terdapat empat novel dalam siri Stephanie Patrick: GeminiThe Third Woman, dan Chameleon, berkemungkinan filem ini boleh menjadi filem francais perisikan seperti lapan siri Bond, jika siri pertama terbukti berjaya. 

Foto – Pinterest

Pasti ramai peminat bintang ‘Gossip Girl’ tidak sabar melihat Blake Lively beraksi ‘kasar’ dan bermain dengan senjata api. Nantikan kemunculan Blake Lively sebagai Stephanie Patrick. 

SUMBER 1 & 2

 

Komen Anda