Hiburan

Ramai Tak Suka Fattah Amin Jadi Hero Drama Coffee Prince Versi Malaysia

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❀️
Ramai Tak Suka Fattah Amin Jadi Hero Drama Coffee Prince Versi Malaysia

Beberapa hari sudah, pengarah dan penerbit Michael Ang ada mengemukakan perancangannya untuk mewujudkan sebuah lagi drama Malaysia sensasi yang diadaptasi dari drama bersiri Korea popular, Coffee Prince.

Menerusi Instagram Live, Michael Ang turut sempat memetik beberapa nama pelakon yang akan disuntingnya sebagai aktor dan aktres utama dalam drama terbaharunya itu termasuklah Fattah Amin sebagai heronya manakala Janna Nick pula sebagai heroin.

Tonton Video Michael Ang Berkongsi Makluman Tentang Drama Coffee Prince Versi Malaysia

Dalam pada keterujaan itu, ramai antara peminat K-drama runsing kerana rata-ratanya tidak bersetuju dengan pemilihan pelakon terutama sekali apabila Michael Ang sendiri memutuskan Fattah Amin akan memegang watak hero sebagaiΒ Choi Han-kyul seperti yang dimainkan Gong Yoo dalam siri asli Coffee Prince.

Pemilihan yang dibuat mendapat tentangan hebat berikutan pendapat bahawa Fattah tidak layak kerana bakat lakonannya tidak sehebat Gong Yoo. Bahkan, ada juga yang menegaskan karakter Choi Han-kyul tidak menepati langsung ciri-ciri yang ada pada diri Fattah.

Antara reaksi netizen:-

SUMBER

Komen Anda