Perasaan cinta memang aneh dan tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata, ia lebih dari ilmu fizik, kimia, matematik atau apa sahaja untuk sesiapa yang ingin memahami tentangnya. Tidak semua bertuah dalam percintaan, pasang surut, selisih faham antara dua insan dan persekitaran yang tidak memihak untuk melihat mereka bersama.
Perkara yang paling penting untuk menakluk kebahagiaan adalah sikap dari setiap individu. Realitinya memang sukar untuk mencari sikap individu yang ‘kena’ dihati kita semua. Samada kita terus bersabar atau menolak. Tindak tanduk insan yang baru kita kenal pasti sentiasa bermain difikiran…ada yang okay, ada yang langsung tidak boleh diterima. Perempuan khususnya wajib ada aspek sikap dari jejaka pilihannya. Rupa paras okay tapi sikap beri pahit pada hati lebih baik tak payah…
Betul, memang ada beberapa sikap lelaki yang perempuan ingin elak…atau lebih parah takut dekat.
Lelaki yang suka ambil kesempatan
Diawal perkenalan semuanya tampak baik dan smooth tapi anda mula perasan jejaka yang anda kenali semakin hari bijak memancing kata-kata. ‘Kesempatan’ yang diambil ialah dari sikap suka meminjam tapi tidak memulangkan semula, hanya bertemu bila bosan a.k.a biskut chipsmore dan lebih parah hanya menggunakan sebagai bahan suka-suka. Lelaki seperti ini boleh dilabel individu yang tidak guna!
Lelaki yang suka angkat tangan
Bukan ‘put your hands in the air‘. Ini kisah tentang individu yang kita anggap sebagai tempat berlindung namun berkelakuan sebalik. Di Malaysia sahaja bayangkan, kes keganasan rumah tangga yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur meningkat setiap bulan iaitu sebanyak 30 peratus atau kira-kira 150 kes. Kalau sudah kahwin itu cerita lain, ini yang belum ada apa-apa ikatan yang sah sudah berani naik tangan pada anak dara orang. Bercinta apa kalau bukan sahaja mencederakan emosi, mental malah fizikal. Nasihat Wanista, lepaskan sahajalah lelaki dayus seperti ini, buat apa lagi untuk disimpan jika setiap hari hidup dalam sakit.
Lelaki yang ‘krik krik krik’
Orangnya baik namun setiap kali berjumpa atau text di Whatsapp pasti anda sahaja yang duduk bercerita dari A sampai Z. Itu belum lagi apa sahaja tentang aktiviti hujung minggu, mesti anda juga yang keluar cadangan. “Eh, mamat ni tak berfungsi ke?”. Sejujurnya, orang seperti ini sangat membosankan, bayangkan penat rasanya kalau kita semua kena handle, hendak tahu dia suka atau tidak pun boleh naik pening. Hubungan yang berjaya bila ada dua komunikasi dari dua pihak.
Lelaki yang dia sahaja yang betul
Apa sahaja yang keluar dari mulut anda ada sahaja yang tidak kena dan seperti semua benda yang anda buat salah. Serius! Boleh sakit kepala nak hidup dengan orang yang tiada tolak ansur seperti ini. Sampai bila anda mahu hidup dalam aturan telunjuk orang daripada sama-sama ikhtiarcara hidup bersama.
Ada tak ciri-ciri lelaki lagi menakutkan selain diatas yang pernah anda kenal?