Rumah yang bersih, kemas dan teratur bukan sahaja menyenangkan pemilik malah tetamu yang bertandang juga berasa selesa. Namun itu sahaja belum mencukupi andai ada bau-bau yang kurang menyenangkan, terutama di bahagian dapur atau bilik air.
Kita sedia maklum haruman segar yang memenuhi ruang rumah, bilik mahupun pejabat mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan.
Wanista ingin kongsikan kepada anda cara untuk menyediakan pengharum ruang yang cukup mudah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi, sebenarnya beberapa bahan boleh didapati di rumah sahaja.
1. Hirisan buah oren, kulit buah oren, buah cranberry, kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang dan air, letakkan kesemua bahan-bahan ke dalam air mencukupi. Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, rumah atau ruang itu akan dipenuhi dengan aroma hangat, bersih dan menyegarkan.
- Foto – Pinterest
2. Anda boleh juga mencuba menggunakan daun pandan. Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi dalam rumah. Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.
- Foto – sehatplan.com
3. Selain itu, kelopak bunga mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.
- Foto – Beritagar
4. Selain menghasilkan aroma yang menyegarkan, serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga.
- Foto – SP Models
5. Campurkan 1/4 cawan Downy Unstopbles dengan 4 sudu baking soda dan satu cawan air panas. Biarkan kesemuanya larut bersama lebih kurang 30 minit. Larutan dituang ke dalam botol dan anda dah boleh sembur sekitar rumah.
- Foto – szes zhang
6. Hanya sediakan lidi buluh, balang dan minyak pati kegemaran anda. Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan kemudian isi selebihnya dengan minyak bayi. Ia akan menyerap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik anda bau yang cukup nyaman.
- Foto – Pinterest
Semuanya nampak mudah bukan? Jadi, selepas ini anda dah tak perlu susah payah pening kepala kalau rumah berbau kurang menyenangkan, sediakan DIY ini sahaja. Rumah anda terus bau wangi semerbak.
Selamat Mencuba!