Info Menarik

Kreatif! Lihat Replika Tugu Parthenon Dibina Guna Beribu Buku Yang Diharamkan

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Kreatif! Lihat Replika Tugu Parthenon Dibina Guna Beribu Buku Yang Diharamkan

Marta Minujín, 74, seorang artis dari Argentina telah mencipta replika tugu monumental Parthenon Yunani daripada 100,000 naskhah buku yang diharamkan. Menurut artis tersebut, ia melambangkan penindasan terhadap politik.

Foto – Boredpanda

The Parthenon of Books di Kassel, Jerman adalah sebahagian daripada Pesta Seni Documenta 14. Dengan bantuan pelajar dari Universiti Kassel, Minujín mengenal pasti lebih daripada 170 tajuk yang diharam di negara-negara lain seluruh dunia dan membina replika kuil ikonik dari buku-buku, pelapis plastik dan keluli. 

Foto – Boredpanda
Foto – Boredpanda
Foto – Boredpanda
Foto – Boredpanda

Menarik bukan idea sebegini? Mungkin dekat Malaysia boleh pertimbangkan tetapi takut silap hari bulan habis kena koyak dan dijual semula.

SUMBER

Komen Anda