Taiwan Excellence Pavilion akhirnya akan tiba ke Malaysia, dan Taiwan telah sedia untuk mempamerkan pilihan produk mereka yang paling inovatif dan terhebat dari negara tersebut buat pertama kali di sini.
Lebih 100 barangan dari syarikat-syarikat ternama Taiwan yang telah menerima anugerah akan mengambil bahagian dalam ekspo ini yang akan diadakan di 1 Utama Shopping Centre dari 12 hingga 16 Julai 2017.
Antara barangan ini termasuk yang dikeluarkan oleh jenama Teknologi Komunikasi dan Informasi (ICT) yang dikenali di seluruh dunia seperti Acer, Asus, MSI, dan D-Link. Selain dari itu, terdapat jenama barangan sukan dan riadah seperti Kenda, dan Johnson Fitness, serta produk inovasi seperti Ta-Da Chair dari Step2Gold. Barangan kelengkapan rumah dari jenama FECA, Cashido dan KSS akan turut membarisi pameran di Taiwan Excellence Pavilion ini.
Selain daripada pelbagai barangan, acara ini juga akan menampilkan sesi demonstrasi produk, persembahan kebudayaan, dan hadiah-hadiah bernilai lebih MYR10,000 yang ditaja oleh Asus, Johnson Fitness dan Adata. Kemasukan ke Taiwan Excellence Pavilion adalah percuma untuk semua.
Jadi, datang ke 1 Utama Shopping Centre sekarang!