Fesyen

Julianne Moore & Liv Tyler Bergabung Dalam Kempen Musim Luruh Triumph

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Julianne Moore & Liv Tyler Bergabung Dalam Kempen Musim Luruh Triumph

Jenama pakaian dalam global paling sensasi, Triumph dengan bangganya mengumumkan dua selebriti jelita yang bakal membintangi kempen barunya iaitu pelakon Julianne Moore dan Liv Tyler yang pernah membintangi beberapa kempen jenamanya sebelum ini.

Triumph memperkenalkan Julianne Moore sebagai muka baru untuk memperagakan koleksi premiumnyayang terkini digelar Florale by Triumph yang bakal dipasarkan menjelang musim Luruh/Sejuk 2017 akan datang.

Aktres Julianne Moore. Foto -Arkib Wanista

Kempen global Florale by Triumph ini mempamerkan konsep kemewahan abadi yang diselit dengan elemen keindahan bagi menyambut131 tahun kala jenama ini berada dekat pada hati wanita-wanita di seluruh dunia.

Kehalusan seni pembuatannya serta teknologi yang diguna pakai untuk menstabilkan keselesaan pengguna adalah luar biasa, akan dipamerkan secara artistik oleh Julianne Moore disertai prop menawan seperti renda, kuntuman mawar dan dahlia dan lain-lain.

Aktres Liv Tyler. Foto -Arkib Wanista

Manakala Liv Tyler pula bakal membintangi kempen untuk koleksi musim Luruh/Sejuk Essense by Triumph yang menampilkan helaian pakaian dalam yang sensual, seksi dan menyeronoklah, menyerlahkan lagi keyakinan dalam diri si pemakai.

Pengambaran kempen ini dipimpin oleh jurugambar fesyen, Rankin bagi mengolah tema ‘Opulent Art Nouveau’ yang disuntingdari helaian berjiwa feminin seperti pakaian dalam yangdiperbuat dari fabrik baldu, jaring serta renda mewah jenis leavers.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [my.triumph.com] atau lawat laman Facebook rasmi Triumph Malaysia di [www.facebook.com/triumphMY].

Komen Anda