Berita & Isu Semasa

Amerika Syarikat ‘Undi’ The Rock Jadi Presiden Pada 2020!

Izzah Azizah
/
bukan Beyonce, Fazura mahupun Neelofa. Keep low profile jelah #heyitsme
Amerika Syarikat ‘Undi’ The Rock Jadi Presiden Pada 2020!

Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock sering dikaitkan untuk diangkat menjadi presiden baru Amerika Syarikat menjelang tahun 2020. 

Nampaknya jenaka The Rock semasa program hiburan SNL bakal menjadi kenyataan, apabila dia membuat ‘pengumuman’ bakal bertanding merebut jawatan presiden dengan meletakkan aktor Tom Hanks sebagai naib presiden. 

Menurut laporan dari The Hill, sebuah jawatankuasa yang digelar “Run the Rock 2020”, bersama Jawatankuasa Pilihan Raya Persekutuan telah mencalonkan nama The Rock pada Ahad lalu. 

Tapi siapakah disebalik “Run the Rock 2020”? 

Ia diasaskan oleh penulis bebas Kenton Tilford yang beradal dari West Virginia. Akaun Twitter milik jawatankuasa tersebut menyebut “Run the Rock 2020” sebagai “a grassroots movement to send the People’s Champion to the White House in 2020. #MakeAmericaRockAgain.” atau “pergerakan akar umbi membawa Juara Rakyat ke Rumah Putih pada 2020.#MakeAmericaRockAgain.”

The Rock dan Tom Hanks dalam program SNL. Foto – rollingstone.com

Namun semua ini hanya kerana ikutan dari semangat dan kuasa dari Dwayne Johnson menyebabkan Kenton Tilford menubuhkan “Run the Rock 2020”. Apa yang dia harapkan, The Rock sedar bahawa ramai rakyat Amerika mahu merasa kepimpinan sebenar dari aktor itu dan ingin melihat beliau bertanding dalam pemilihan presiden. 

Agaknya adakah The Rock bakal berubah fikiran untuk mendaftar sebagai calon presiden? Pada Mei lalu, The Rock dalam temu bual Majalah GQ berkata untuk beliau bertanding dalam calon presiden “berkemungkinan besar”.

SUMBER

Komen Anda