Berita & Isu Semasa, Makanan

Orang Malaysia Tak Puas Hati McDonald’s Singapura Jual Menu ‘Burger Nasi Lemak’

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Orang Malaysia Tak Puas Hati McDonald’s Singapura Jual Menu ‘Burger Nasi Lemak’

Seperti ramai yang tahu, Nasi Lemak adalah hidangan sepinggan lengkap yang terkenal sebagai sajian sarapan utama bagi kebanyakan orangdi Malaysia.

Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila tersebarnya berita serta gamabr bahawa McDonald’s Singapura bakal melancarkan set menu hidangan bertemakan Nasi Lemak sempena sambutan Hari Kebangsaan negaranya. 

Tonton Iklan Burger Nasi Lemak oleh McDonald’s

Singapura akan menyambut Hari Kebangsaanya yang ke-52 menjelang 9 Ogos nanti.

Sehubungan dengan Singapore Food Festival 2017 juga, McDonald’s Singapura dijangka akan mengeluarkan satu hidangan utama yang menarik iaitu burger Nasi Lemak hari ini, 13 Julai 2017 seperti yang dilaporkan Channel News Asia.

Burger istimewa ini mengandungi lapisan inti daging ayam berperisa kelapa, telur goreng mata, taburan bawang goreng manis, hirisan timun, limpahan sambal secukup rasa yang kemudian diapit dengan dua bun semolia lembut!

Sumber: Channel News Asia

Macam sedap kan?

Lebih mengujakan, hidangan burger itu turut ditemani pilihan minuman yang diterap elemen ala Melayu seperti Bandung McFizz atau Pandan Coco Frappe.

Jika dilihatdengan teliti, Bandung McFizz bukanlah minuman yang asing bagi masyarakat di Malaysia kerana pada musim Ramadhan yang lalu, McDonald’s Malaysia turut ada menawarkan seleksi minuman berperisa bandung.

Sumber: Business Insider

Pandan Coco Frappe ini pula pastiya campuran minuman berkrim yang diserikan dengan aroma harum pandan, santan serta hirisan cincau untuk lebih rasa berganda.

Khas sebagai pencuci mulut, terdapat seleksi pilihan yang membuatkan pelanggan rambang mata termasuklah Chendol McFlurry, Coconut Pie dan Kueh Salat Cake!

Seperti biasa, ramai rakyat Malaysia mula naik darah lalu mempersoalkan mengapa negara lain bisa mencuri identiti ‘Negaraku’ ini, lebih-lebih lagi berkenaan Nasi Lemak.

Pelbagai reaksi netizen yang tidak puas hati:-

“Kenapa Singapura ada tapi kat Malaysia tak ada pun”?

“McDonald’s ni dah silap lancar menu burger Nasi Lemak kat negara lain ke”?

“Oi McDonald’s, benda ni patut lancar kat Malaysia dulu lah”.

Secara amnya, situasi ni memang dilihat sedikit tidak adil. Kita sebagai rakyat Malaysia pun berhak untuk rasa burger Nasi Lemak tu!

Sumber: Coconut Singapore

Siapa setuju nak burger Nasi Lemak McDonald’s masuk Malaysia angkat tangan?!

SUMBER 1 & 2

Komen Anda