Hiburan

EXO Baekhyun Tampil Berambut ‘Mullet’ Untuk Comeback. (Video + Gambar)

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
EXO Baekhyun Tampil Berambut ‘Mullet’ Untuk Comeback. (Video + Gambar)

Setiap kali comeback atau debut, k-pop idol akan tampil dengan konsep yang unik dan EXO juga tidak terkecuali. Antara yang menjadi highlight kali ini ialah Baekhyun yang tampil dengan gaya rambut ‘mullet’. Ya mullet. Terkejut? 

Bersesuaian dengan konsep funky dan retro, gaya rambut yang popular sekitar 70-an ini sangat unik dan segar sekali, langsung tidak menampakkan imej buruk.

Foto – Tumblr

Walaupun rambut mullet ini dianggap antara gaya rambut yang buruk tetapi tidak dinafikan Baekhyun sangat rock sekali dalam menggayakannya malah peminatnya juga merasakan rambut mullet ini benar-benar tercipta untuknya.

Foto – Pinterest

Ini antara reaksi mereka;

“Your hair omg it looks so good on you!”

“How beautiful do you have to be to look this good in a mullet??”

Foto – Tumblr

Yes👍🏻 #KoKoBop

A post shared by BaekHyun. (@baekhyunee_exo) on

Sebenarnya, rambut mullet (gaya rambut pendek di bahagian depan dan panjang di bahagian belakang) sudah menjadi popular di kalangan idol malah menjadi ikutan ramai anak muda di Korea Selatan.

Pertama sekali dimulakan oleh G-Dragon. Fesyenista ini muncul dengan rambut mullet di konsert solonya.

Foto – Allkpop

Block B Zico mengejutkan peminatnya dengan potongan mullet di lapangan terbang.

Foto – Allkpop

Rata-rata netizen tidak menggemari rambut mullet Song Min Ho dan merasakan ianya sangat buruk.

Foto – Allkpop

Bukan k-pop idol tetapi pelakon Nam Joo Hyuk memilih gaya rambut mullet untuk peranannya dalam drama ‘Bride of the Water God’.

Foto – Allkpop

Anda rasa trend rambut mullet ini cantik atau buruk? Pada penulis gaya rambut ini sangat hodoh dan tidak semua orang boleh menggayakannya tetapi kalau anda berani mencuba sesuatu yang baru, apa salahnya. Orang kata tepuk dada tanya selera!

Komen Anda