MARIGOLD PEEL FRESH mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai kempen Daily Fruit Goodness yang bakal bertempat di 1 Utama Shopping Centre, Centre Court, Ground Floor bermula 19 Julai hingga 23 Julai 2017.
Kempen (roadshow) ini bertujuan untuk memberi pendekatan kepada rakyat Malaysia tentang manfaat pengambilan buah-buahan dan jus sebagai salah satu cara gaya hidup sihat. Mengikut kajian terkini pengambilan buah dan sayur oleh orang dewasa semakin menurun iaitu hanya 6% dari 7.5% pada 2011. MARIGOLD PEEL FRESH berusaha untuk menyediakan manfaat kesihatan buah-buahan dari pek jus segar yang mudah diminum dan boleh dibawa kemana sahaja.
Di roadshow Daily Fruit Goodness terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk disertai seperti Stacking Game, Balance the Scale, Mini Golfing, XBOX Fruit Ninja dan pelbagai lagi aktiviti yang meningkatkan ketahanan tubuh dan minda. Juga terdapat lagi aktiviti secara tertutup mengikut jadual yang bakal ditetapkan.
Meet-and-greet bersama duta Marigold
Duta jenama MARIGOLD PEEL FRESH, Lisa Surihani bakal membuat penampilan eksklusif di roadshow Daily Fruit Goodness pada 22 Julai 2017, 12 tengahari hingga 4.30 petang. Pengunjung boleh berinteraksi bersama Lisa tentang tips kesihatan, manfaat pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Para peminat Lisa juga boleh mendapatkan autograf dan berpeluang bergambar bersama beliau!
Sertai roadshow Daily Fruit Goodness untuk mendapatkan pelbagai ilmu kesihatan, hadiah dan cenderahati menarik dari MARIGOLD PEEL FRESH. Maklumat lanjut, layari www.marigold.com.my/highlights/events.html atau Facebook https://www.facebook.com/ilovepeelfresh.my/.