Sudah menjadi trend masa kini, ramai wanita dan anak gadis sanggup melakukan rutin brazilian waxing di spa dan pusat kecantikan terkemuka setiap bulan. Ini adalah bagi memastikan supaya kawasan intim (kemaluan wanita) kekal bersih dan terjaga rapi. Namun begitu, berapa ramai di sini yang yakin apabila mencukur, vagina akan kekal bersih dan selamat daripada serangan penyakit kelamin?
Apabila tuhan menjadikan manusia, kita sudah sempurna dari segala segi dan apa yang ada pada manusia itu adalah sebaik-baik ciptaanNYA bahkan, setiap satunya mempunyai fungsi tertentu, samada untuk memberi perlindungan kepada manusia mahupun mengekalkan fungsi tubuh manusia.
Nasihat Pakar
Anda selalu mencukur bulu kemaluan? Ini nasihat Dr. OZ yang harus diambil tahu:-
Lebih 87 peratus wanita mengaku akan memotong dan memendekkan bulu kemaluan mereka manakala yang selebihnya akan mencukur habis bahagian intim tersebut agar bersih dan kelihatan cantik.
Medium Pembuangan Bulu
Antara cara-cara lazim pembuangan bulu kemaluan adalah termasuk waxing, mencukur, laser (IPL) serta electrolysis.
Kesan Sampingan Membuang Bulu Kemaluan
- Iritasi kulit pada kemaluan
- Perubahan warna kulit kemaluan (pigmentasi/gelap)
- Iritasi pada bibir faraj
- Pengelupasan ekstrem sehingga menyebabkan luka dan pendarahan pada kulit kemaluan (abrasion)
- Gatal-gatal
- Pori kulit tersumbat menyebabkan pertumbuhan bulu jadi terbantut sehingga terjadinya bengkak bernanah (ingrown hairs).
Mengapa Kemaluan Ditumbuhi Bulu?
Tidak seperti bulu roma atau rambut di kepala, bulu pada kemaluan biasanya lebih tebal dan bertekstur kerinting.
Jelas Dr. Oz, rambut dan helaian bulu halus yang tumbuh pada bahagian kemaluan itu sebenarnya bertindak sebagai tembok untuk menghalang organ tersebut daripada terkena sebarang jangkitan kuman terutamanya virus penyakit kelamin sewaktu berlakunya hubungan seksual.
Bagi mengelak sebarang keterjejasan berlaku pada alat sulit kita semua, sila elak membuang bulu atau rambut halus pada bahagian intim secara keseluruhan. Cukup sekadar merapikan bahagian sulit tersebut dengan memotong pendek bulu (trimming) menggunakan gunting yang bersih.
Risiko Mencukur Keseluruhan Bulu Kemaluan
Jika tetap mahu mencukur, gunakan pisau cukur yang baru setiap kali mahu bercukur dan pastikan anda menyapu krim alkohol khas pada kulit setelah selesai mencukur bagi mengurangkan kerengsaan kulit.
Namun harus diingat, risiko untuk pori kulit kemaluan anda tersumbat (ingrown hairs) adalah besar jika mencukur bersih semua bulu!
Risiko Waxing
Waxing akan menarik bersih semua bulu pada kemaluan anda sekaligus menjadikan kulit terasa halus, kelihatan rapi dan cantik! Namun begitu, proses yang menggunakan sejenis cecair likat (wax) yang disapu dan kemudian ditarik dari kulit itu akan membuatkan kulit vagina yang nipis menjadi cepat kendur dan menggelebeh. Jika sering dilakukan, pasti lebih cepat kulit anda mengendur. OMG! Paling tak tahan, bila bulu mahu tumbuh semula, anda akan rasa kegatalan yang melampau.
Jika Tak Mahu Kulit Kemaluan Hitam, Elak Guna Teknik Pembuangan Bulu Laser (IPL)
Jelas Dr. OZ, lebih baik hentikan impian anda untuk melakukan pembuang bulu menggunakan laser yang dipanggil IPL (Intense Pulsed Light). Ini kerana tak semua bisa melakukannya secara profesional dan hanya doktor pakar kulit serta pelatih tertentu sahaja yang bisa memanfaatkan mesin laser tersebut secara teratur.
Pembuangan bulu menerusi proses laser IPL ini berisiko untuk buat kulit di kawasan kemaluan jadi lebih gelap atau mungkin melecur. Ia tidak digalakan.
Kesimpulannya, hentikan pembuangan bulu kemaluan dan rapikan ia dengan hanya memotong pendek okay? Lebih selamat dan tiada keterjejasan pada mahkota wanita anda tu! ❤️
Selamat beramal!