Fesyen, Info Menarik

Jom Pilih Gaya Barbie Selebriti Bila Pakai Warna Pink!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Jom Pilih Gaya Barbie Selebriti Bila Pakai Warna Pink!

Sebut sahaja Barbie, anak patung kegemaran si gadis yang sentiasa membawa fesyen ikonik pasti bermain didalam fikiran. Barbie sudah menjadi pujaan dan impian untuk kanak-kanak sehingga wanita dewasa sejak 58 tahun lalu. Warna yang paling dekat si Barbie ialah merah jambu, sama juga dengan Wanista! 

Warna merah jambu atau for short pink, sudah sinonim dengan Barbie. Bila sebut pink mesti Barbie, begitu juga dengan sebaliknya. Pink ciri warna melambang karakter feminin dan ceria seorang perempuan. Tak kisahlah, pakai apa pun tapi kalau ada warna pink pasti anda tampak manis sentiasa. 

Mesti ada dikalangan para selebriti melaram tampil ala Barbie. Ada tak yang head to toe tampil dengan pink? Mari kita lihat gaya siapa yang paling dekat si ratu fesyen Barbie! 

#1 Rihanna

Gaun dari rekaan Giambattista Valli menjadi pilihan beliau untuk tampil di Majlis Anugerah Grammy 2015. Gaun kembang bertingkat ini pernah menjadi fenomena internet apabila Rihanna disamakan dengan span mandian. Tak kisahlah macam span ke, bebola ke, Rihanna tetap comel dalam gaun ini! 

#2 Gigi Hadid

Supermodel jelita ini tidak pernah lekang dari bertata rias bak Barbie. Jika pun koleksi Cowboy Barbie atau Rockers Barbie pasti look dari Gigi dijadikan ilham. Jaket, seluar dari Kreist Official Biker Jacket dan kasut tumit tinggi pula dari  Aquazzura heels. Menariknya Gigi memadan satu outfit yang lengkap dengan warna merah jambu metalik. 

#3 Zendaya

Pelakon muda Zendaya yang berusia 20 tahun ini memang selalu menjadi perhatian pencinta fesyen kerana tidak pernah kalah dalam mempamerkan gaya fesyennya. Semasa tayangan perdana filem Spider-Man: Homecoming, Zendaya tampil dengan gaun panjang meleret rona pink neon dari Dolce & Gabbana. Lebih seksi, gaun pink terang ini terbelah dibahagian betis sehingga peha dan terbuka dibahagian hadapan. Barbie paling seksi mungkin? 

 

BACA  Dahsyat! Sandara Park Gila Sneakers, Ada Lebih 1000 Koleksi

#4 Jennifer Lopez

JLo nampak lain dari yang lain bila mengenakan gaun kembang pendek dari Michael Cinco ini. Iyalah, biasanya penyanyi lantang ini sering mengenakan busana seksi tapi kali ini beliau memakai full dress ombre pink yang bersinar-sinar! 

#5 Lily Collins 

Warna merah jambu polos dengan rimbunan renda pada gaun rekaan Zuhair Murad membalut indah pada tubuh pelakon Lily Collins. Hadir di acara karpet merah Anugerah Golden Globes 2017, Lily kelihatan seolah ala Barbie klasik. 

#6 Jung Ji Hyun

Bintang dari Korea Selatan ini tidak asing lagi menjadi ikutan peminat KDrama untuk mengikut jejak bergaya sepertinya. Gaun pendek Valentino bersama tambahan aksesori bunga pada leher menyerlahkan gaya ringkas Ji Hyun. Barbie asal negara Korea ini memang comel tak perlu susah payah pakai berlebih-lebih. 

 

BACA  Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

#7 Bella Hadid

Gaya fesyen Bella Hadid di 2017 CFDA Awards seolah-olah memberi bayangan inilah look kalau Barbie ke pejabat! Gaun ala kot paras peha bersama gancu dibahagian pinggang punya sedikit inspirasi dari gaya 8-an. Tak cukup dengan gaun dari Off-White ini, Bella lengkapkan gaya dengan clucth dari pink polos. 

#8 Nelydia Senrose

Bubbly sweater dari Monki ini menyerlah jiwa gadis ayu Nelydia Senrose. Gaya street style ini memang cukup ringkas bersama sneakers dan beg galas hitam. Tak pakai gaun pun, Nelydia masih ada aura Barbie! 

Gaya selebriti yang mana iras dengan Barbie mengikut pilihan anda?