Fesyen, Lookbook

Under Armour Keluarkan Rekaan Curry 3ZERO

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
Under Armour Keluarkan Rekaan Curry 3ZERO

Aktiviti sukan bukan sahaja memerlukan persediaan dari segi kekuatan fizikal dan mental bahkan persiapan diri seperti kelengkapan pakaian dan aksesori yang berpadanan juga sedikit sebanyak bantu melonjakkan prestasi semasa atlet.

Sumber: David Dow/NBAE/Getty Images

Jenama fesyen dan kelengkapan sukan terkemuka Amerika Syarikat, UnderArmour baru-baru ini berkolaborasi bersama seorang bintang bola keranjang yang terkenal iaitu Stephen Curry bagi menghasilkan koleksi kasut terbaharunya.

Foto -Arkib Wanista

Ia secara tidak langsung melambangkan kredibilitinya sebagai pemain bola keranjang terhebat alaf ini malah mahu mencetuskan fenomena menerusi rekaan Curry 3ZERO.

Foto -Arkib Wanista

Diperhalusi dengan potongan minimalis, Curry 3ZERO mampu membuatkan si pemakai lincah dan bergaya dalam waktu yang sama biarpun perlu merembes peluh di gelanggang. Seperti Stephan sediri, belaiu memang gemar mendengar bunyi yang dihasilkan tapak kasut saat berlari apabila tapak kasut yang dipakai bergesel dengan lantai gelanggang. Bagi dirinya, iatu adalah gerakan yang paling mengancam!

Foto -Arkib Wanista

Untuk rekaan kasut istimewa ini, jisimnya adalah sangat ringan bagi memudahkan pergerakkan ligat seorang atlet.

Foto -Arkib Wanista

Harga yang ditawarkan untuk sepasang sepatu rekaan Stephan Curry ini adalah RM559 sepasang dan boleh didapati di semua gedung dan butik pengedarunder Armour seluruh Malaysia termasuklah Hoops Station Malaysia. Pembelian secara atas talian di [www.underarmour.com.my/en-my] jugaboleh dilakukan.