Tips - Percintaan

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Dalam konsep cinta dan perhubungan, bermesej atau texting adalah medium yang lazim diguna pakai oleh mana-mana pasangan masa kini agar kita boleh terus berhubung secara ringkas dengan pasangan terutamanya ketika sedang berjauhan.

Ini bertentangan dengan cara orang-orang dahulu di mana pasangan hanya akan saling mengirim dan membalas surat untuk berhubung dan ternyata cara itu jarang sekali membuatkan hubungan menjadi retak. 

Keadaan itu dilihat beza dengan pasangan masa kini kerana meskipun teknologi membuatkan segalanya lebih mudah, tanpa sedar sebenarnya apabila mudah berhubung dan sering bertukar mesej malahan akan menjadi punca kepada pergaduhan dan salah faham. Apakah perkara ini normal?

Sumber: Pinterest

Dalam situasi sesebuah perhubungan, perempuan akan dilihat sebagai individu yang sering memperbesar masalah manakala lelaki pula menjadi mangsa untuk dipersalahkan hampir dalam setiap perkara. Jadi adalah tugas dan tanggungjawab seorang wanita bagi memahami apa lelaki suka dan tidak suka. Hmm… bunyi macam berat sebelah kan? Namun itulah yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

Sumber: Tumblr

Ini Wanista kongsikan tips bagaimana anda boleh menjaga bahasa dan memperbaiki cara anda saat bermesej dengan pasangan.

#1 Berhenti Bagi Alasan

Kebanyakan perempuan suka buat hal bila tak dapat perhatian yang secukupnya daripada lelaki. 

Sumber: Pinterest

Bila lelaki tanya, kenapa anda bertindak agresif sebegitu nanti mulalah menggunakan alasan:

“Saya tak ada mood, tengah datang bulan dan awak sebagai lelaki harus tahu bagaimana untuk memujuk saya dan melayan saya”.

Girls! Stop it. Asyik awak je datang bulan, ingat lelaki tak ada ‘hangin’ ke? Lelaki sangat meluat bila perempuan banyak beri alasan dan suka memaksa begitu. Apa yang harus anda lakukan adalah bersabar dan sentiasa memahami masanya. Dia juga manusia dan mempunyai banyak kerja lain yang harus diberikan perhatian. Jika dia tidak bermesej sekalipun, tidak semestinya dia sudah tidak menyayangi anda. Biasakan diri untuk bersabar, dan jangan cepat melenting okay? 

#2 Janganlah Terlalu Manja

Penulis faham anda sayangkannya tetapi dalam umur anda yang sudah dewasa ini, keadaan dah banyak berubah dan anda harus biasakan diri dengan perubahan itu. Dia juga bekerja, dia juga punya banyak tanggungjawab jadi tak perlulah mengharap secara berlebihan.

Sumber: Tumblr

Don’t be too clingy sebab itu adalah punca mengapa ramai lelaki takut untuk mendekati anda. Ini kadang-kadang sampai 10 kali anda mesej tanyakannya macam-macam, kata yang anda rindu dan cintanya. Buat apa? Cukuplah sekali hingga dua kali dalam sehari. 

Percayalah, apabila lelaki cakap yang dia sayangkan kita… they really mean it.

#3 Elak Salah Faham

Perempuan memang seorang yang teliti. Bila dapat mesej daripada teman lelaki atau suami kadang-kala kita mudah untuk terus menilai secara melulu.

Tulisan mesej seperti:

“Sayang…” dianggap lembut manakala “Sayang!” akan mudah dianggap kasar kerana menyangka tanda seru yang diggunakan itu adalah marah.

Sumber: Pinterest

Hmm, sebenarnya anda sudah salah faham kerana mungkin apabila teman anda memanggil “Sayang!” yang ditaip berserta tanda seru adalah membayangkan perasaannya yang sedang girang dan teruja. Jadi, sila hati-hati dalam menilai isi mesejnya.

#4 Jangan Balas Mesej Dengan ‘Okay’ Saja

Lebih parah bila seseorang hanya membalas dengan “K”. Seperti kita, lelaki juga butuhkan perhatian daripada perempuan. Mereka juga teringin di manja. Jika mereka mengadu apa-apa pada anda, sila LAYAN. 

Sumber: Huffington Post

Lelaki: “Sayang, I sakit… penatlah banyak kerja di pejabat tadi.”

Perempuan: “Okay”.

Please, don’t do that girls! Jawablah bersungguh sikit untuk tunjuk yang anda mengambil berat tentangnya.

#5 Jangan Luahkan Perasaan Melalui Mesej

Jika anda berdua sedang bertengkar, hati anda akan banyak berkata-kata, seolah terbakar lalu tangan lantas menaip mengikut hati tanpa sempat berfikir dahulu.

Ramai yang akan menulis perkataan mencarut, cacian dan maki hamun tanpa sedar ketika sedang bergaduh. Oleh itu, adalah lebih baik membuat penggilan atau bersemuka ketika bergaduh. Bermesej untuk selesaikan masalah cuma akan mengeruhkan keadaan.

#6 Jangan Serabutkan Mesej Dengan Emoji

Jika teman lelaki atau suami anda boleh terima baguslah, tapi tak semua lelaki suka bermain dengan emoji tau?

Sumber: Pinterest

Apa yang penting adalah kata-kata dan tulisan mesej anda itu… jadi untuk selamat, sila hadkan penggunaan emoji. 

#7 Tahu Jadualnya

Lain kali, sebelum anda menghantar mesej, ambil tahu tentang jadualnya. Bila masa yang dia lapang dan bila masa yang dia sibuk. Untuk itu, pergaduhan dan salah faham boleh dikurangkan.

Sumber: Mr.Perspective.com

Nanti kalau anda mesej dan dia lambat balas atau tidak membalas langsung, anda juga yang mengamuk kan? 

#8 Jangan Biar Dia Tertunggu-Tunggu

Sepertimana anda mengambil berat tentang jadual dan kesibukannya, anda juga harus peka dengan waktu kesibukan anda. Jika anda mahu keluar atau melakukan sesuatu, sila beritahu pasangan supaya nanti dia tidak tertunggu-tunggu andainya anda lambat atau tidak membalas mesej-mesejnya.

Sumber: Pinterest

#9 Berjenaka Secara Keterlaluan

Sumber: Huffington Post

Bergurau memang seronok tapi haruslah menjaga batasan seperti tidak menyebut perihal yang membangkitkan sensitivitinya.

#10 Nak Tidur, Bagitahu

Anda dan si dia memang suka bermesej sampai larut malam dan sampai satu masa nanti anda tidur meninggalkan mesej tergantung dan membuatkan dia berasa kesal serta fikir yang bukan-bukan. Berhenti buat dia rasa kecewa dan jika anda sudah mengantuk, ada baiknya anda memberitahunya dan mengajak dia tidur.

Sumber: Tumblr

Oh well, kalau anda rasa perangai perempuan adalah ‘mengecewakan’ kerana sering mengada-ngada dan mahu menang, lelaki akan jadi lebih ‘mengecewakan’ bila mereka mula meluat dengan kita yang perempuan ni dan nekad mahu memutuskan hubungan kerana sudah bosan.

Takut kan?

Fikir-fikirkanlah… lelaki dan perempuan harus sama-sama bertolak ansur.

RUJUKAN