Berita baik untuk semua peminat Disney! Nak tahu tak LipIce Tinted Lipbalm kini hadir dalam edisi Disney.
LipIce Tinted Lipbalm direka dengan warna hitam dan merah jambu untuk penampilan yang muda, segar dan menyeronokkan. Peminat-peminat Disney akan jatuh hati dengan penampilan baru ini kerana rekaan baru ini adalah moden dan menyeronokkan pada masa yang sama.
Menarik kali ini, LipIce Tinted Lipbalm mampu melembapkan dan melindungi bibir sementara meninggalkan warna merah jambu semula jadi lembut dengan rasa buah beri yang menyegarkan.
Berformulakan Super Hyaluronic Acid, lip balm ini bertindak untuk mengunci lembapan pada bibir untuk penghidratan yang berpanjangan. Formulanya juga mengandungi Minyak Biji Meadowfoam serta Kolagen untuk membantu memperbaiki tekstur bibir, memberikan anda bibir yang lebih licin dan mungil. Kolagen, sejenis bahan antipenuaan, membantu bibir kembali anjal.
LipIce Tinted Lipbalm hadir dalam 3 warna dengan perisa beri berbeza iaitu Baby Pink (perisa Strawberi), Poppy Pink (perisa Raspberi), dan Berry Red (perisa Wildberry). Lip Ice Tinted Lipbalm dijual pada harga RM12.50 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya utama.