Dunia kecantikan asal Korea memang sudah menjadi kelaziman pada kita semua sekurang-kurangnya memiliki satu produk dari jenama negara K-pop itu. Sulwhasoo antara jenama kecantikan yang dikatakan mengetengahkan sumber kecantikan semulajadi wanita Korea. Dari bahan-bahan semulajadi dan berkualiti menjadikan Sulwhasoo mengungguli sebagai jenama pilihan peminat produk Korea.
Sulwhasoo memperkenalkan koleksi K-Beauty yang meraikan ‘kecantikan semulajadi bersama warna’ diinspirasikan dari keserian wajah dan wajah semulajadi iaitu trend kecantikan popular di Korea. Koleksi ini menawarkan produk Makeup Balancer, Essential Concealer Stick, Radiance Blusher, Essential Lip Serum Stick dan The Signature Perfecting Cushion serta Perfecting Cushion Brighthening. Semua produk ini untuk menghasilkan wajah yang bersih, berseri dan kekal cantik semulajadi. Juga Perfecting Cushion Intense, produk Cushion terbaik dari Sulwhasoo untuk bedak asas mengawal kesan penenuaan.
Dari 7 produk terbaik Sulwhasoo ini, Wanista tertarik dengan 3 produk yang memberi solekan sempurna pada si pemakai. Jom kenali produk mana yang membuat hati Wanista jatuh cinta…
Perfecting Cushion Limited Edition
Bedak asas ini terdiri daripada Minyak Kernel Apricot dan JAUM Balancing ComplexTM yang menghalang kerosakan kolagen, memberikan penghidratan berpanjangan, meningkatkan keanjalan kulit dan menjanjikan ‘cahaya’ pada wajah.
Essential Lip Serum Stick
Sulwhasoo Essential Lip Serum Stick adalah lip balm terbaik untuk melembap, menyihat malah memberikan bibir mungil merah idaman setiap gadis dari manfaat minyak camellia, matahari dan ekstrak aprikot.
Makeup Balancer
Sesuai dengan produk kecantikan yang juga merawat, Makeup Balancer dari Sulwhasoo ini bukan sahaja sebagai makeup base malah mengawal kelembapan kulit, menghasilkan kulit berseri dari manfaat Vitamin C dan Antioxidant Berry Complex. Setiap warna Makeup Balancer memperbaiki masalah kulit seperti cela parut dan kulit kusam.
Semua produk kecantikan itu nampak macam menarik, bukan? Tapi lagi best kalau anda turut serta dalam Bengkel Kecantikan yang dikelolakan Sulwhasoo bersama Wanista ini!
Bengkel Kecantikan ini akan memberi peluang kepada pembaca Wanista belajar cara mekap yang betul menggunakan teknik yang paling mudah oleh Sulwhasoo International Makeup Artist, Jamie Yoon. Teruja?
Acara: Bengkel Kecantikan Bersama Sulwhasoo & Wanista
Tarikh: 16 Julai 2017
Masa: 12 tengahari
Tempat: Dazzling Cafe, Mid Valley Megamall
Wanista akan memilih 20 pembaca bertuah dikalangan anda semua. Jika berminat, sila isi borang seperti yang tertera di bawah.
Syarat-Syarat;
1. Pernyataan ini sah dari 8 Julai 2017 hingga 14 Julai 2017.
2. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Setiap goodies terdiri daripada Essential Lip Serum Palette terhad kepada seorang peserta sahaja.
Cepat sertai Wanista sekarang!