Penghujung Ogos tahun lalu, personaliti televisyen Ally Iskandar telah pun sah menceraikan isterinya, Nurfarahin Romli dengan talak satu di Mahkamah tinggi Syariah Kuala Lumpur secara baik.
Namun sejak kebelakangan ini, wanita tabah itu sering diserang dengan pelbagai komen dan kecaman melulu para pengguna media sosial berkenaan isu tinggal serumah dengan bekas suaminya meskipun berada dalam tempoh edah.
Demi membela haknya serta menjernihkan gosip terbabit, menerusi sebuah entri yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya, Farah Lee menyatakan sebab mengapa dia dan Ally masih tinggal serumah biarpun sudah sah berpisah.
Luahan hatinya itu menerima pelbagai reaksi daripada umum dan tidak kurang ramai juga yang memohon supaya ibu tunggal itu kekal tenang dengan kata-kata yang dilemparkan “keyboard warrior” kepadanya sejak akhir-akhir ini.
farahlee_ Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot ? Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.
Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.
Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan ? Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat ? Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.
Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.
Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.
Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita ? Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.
Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.
Love,
F. L. #FLwrites #ommabebel
Hasil perkahwinannya bersama Ally, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Maream Esabel.