Gemersik suara penyanyi Celine Dion tidak asing lagi dalam arena nyanyian dunia. Walaupun sibuk dalam nyanyian, Dion juga tidak terkecuali dalam menghadiri majlis-majlis fesyen terkemuka.
Baru-baru ini Celine Dion menghadiri acara Paris Couture Week, sebuah acara fesyen gala yang menghimpunkan segala hasil tangan rumah-rumah fesyen dan pereka fesyen. Para selebriti juga hadir untuk memeriahkan lagi acara dengan memakai busana pilihan sekaligus menjual nama rekaan tersebut.
Begitu juga dengan Dion yang tampil dengan pakaian Christian Dior. Busana kuning bersama aksesori berwarna hitam memberi lagak diva pada tubuh Dion.
Namun semua itu tidak cukup, Celine membuat kejutan di Instagram milik majalah Vogue apabila dia berkolaborasi bersama Vogue dalam #CelineTakesCouture. Gambar pertama Dion dan Vogue kongsi dimana penyanyi berusia 49 tahun itu duduk diatas sebuah kerusi dengan keadaan berbogel!
Kapsyen dalam gambar tersebut menjelaskan Celine Dior gemar memilih fesyen haute couture dan mendedahkan beliau memakai gaya tersebut hampir dikesemua konsert dari pereka Armani Prive, Schiaparelli, Giambattista Valli dan Versace. Bahkan Dion juga memakai busana haute couture little black dress Christian Dior semasa majlis pengebumian mendiang suaminya Rene Angelil.