Amirul Rizwan Musa, 21, menjadi viral apabila wajahnya menyerupai watak anime atau kartun animasi.
Yang kini lebih dikenali dengan nama Miyyo Rizone, menerima kecaman hebat daripada netizen selepas gambar wajahnya viral sejak dua minggu lalu.
Amirul mengakui menjalani pembedahan wajah sejak 2014 termasuk dua pembedahan di luar negara untuk mendapatkan wajah diinspirasikan daripada watak Squall Leonheart dalam Final Fantasy bagi meneruskan kariernya sebagai model sejak tiga tahun lalu.
Katanya, dia sudah berhabis hampir RM200,000 bagi membiayai kos pembedahan wajah secara berperingkat-peringkat sejak 2014.
Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, dia bagaimanapun bersyukur kerana masih ada segelintir masyarakat yang memberi sokongan serta memberikan tawaran kepadanya.