Putih.
Bila kita pakai pakaian putih, mimpi ngerinya sudah tentu takut kalau-kalau ianya akan lebam dan comot gara-gara terkena kesan kotoran. Mungkin, faktor inilah membuatkan ramai mengelak untuk mengenakan busana serba putih meskipun rona itu dianggap mewah dan mudah dipadankan dengan warna-warna lain seperti hitam.
Penulis sedia maklum, wanita masa kini gemarkan gaya yang bisa menyerlahkan sifat feminin mereka lalu disarungkanlah pakaian yang berasaskan palet warna pastel merangkumi biru lembut, merah jambu, peach, kuning air serta hijau pudina agar tampak lebih sensasi dan menonjol namun, tahukah anda memakai satu warna polos seperti putih juga mampu membangkitkan jiwa wanita?
Asalkan sahaja teknik padanannya betul, anda pasti bisa kelihatan hebat biarpun hanya memakai putih.
#1 Pilih Tona Putih Kegemaran
Langkah pertama untuk menggayakan fesyen serba putih seperti pro adalah dengan mengetahui beberapa jenis tona putih terlebih dahulu.
Selena menggenakan dress renda pendek rona putih kekuningan
Putih tidak semestinya putih susu sahaja, ada juga putih yang diselit dengan rona kekuningan, kebiruan dan lain-lain.
Contoh pakiaan berwarna putih gading (ivory)
#2 Fabrik Bertekstur
Jika mahu memakai serba putih tapi dalam masa yang sama nak nampak cantik dan tidak terlalu ‘kosong’, cubalah pakaian putih dari beberapa jenis fabrik seperti renda (lace), kain jaring (mesh), sutera, satin dan banyak lagi.
Seperti Kim, dirinya bijak menggabungkan skirt satin dengan baju panas mudah regang diperbuat daripada fabrik kapas.
Teknik campur aduk fabrik ini bakal membuatkan pakaian serba putih jadi menarik!
#3 Aksesori Main Peranan
Manfaatkan pakaian putih seperti kanvas yang digunakan untuk berkarya.
Hilangkan kebosanan pada pakaian putih polos dengan menambah perhiasan seperti rantai, gelang tangan, cincin, kaca mata gelap, mahupun beg tangan unik yang pastinya bisa membuatkan anda kelihatan seperti seorang diva!
Aksesori logam warna emas pancarkan aura moden pada pakaian putih.
Kaca mata hitam serlahkan gaya sofistikated wanita
#4 Potongan & Perincian Pakaian
Bila fikir tentang warna putih, pasti yang muncul di kepala anda adalah baju kemeja bukan?
Jadikan gaya anda lebih edgy dengan memilih pakaian putih yang berpotongan eksentrik sebegini…
Skirt berperincian ropol
Dress midi berkolar
Potongan lengan sensual yang dihiasi riben
Dress berpotongan kimono wrap sebegini comel digayakan mereka yang bertubuh genit!
#5 ‘Simbah’ Sedikit Warna
Demi mengolah gaya polos serba putih anda untuk tampak ceria, tambah sedikit warna-warni menonjol yang diselit menerusi penggayaan aksesori.
#6 Mekap
Jangan biarkan wajah pucat kerana wajah juga memainkan peranan besar yang membentuk personaliti diri.
Untuk yang berkulit gelap, cuba olesan gincu yang warnanya lebih gelap seperti merah hati (burgundy), ungu dan coklat. Manakala yang berkulit cerah pula, gincu merah adalah sangat mengancam!
Jika tak gemar warna terang pada bibir? Terapkan solekan berat pada mata seperti yang sering dilakukan kim untuk melengkapkan pakaian putih anda itu. Ha, barulah tak nampak bosan!
#7 Step Up Your Hijab Game!
Serlahkan jiwa artistik fashionista muslimah menerusi penggayaan tudung/hijab yang pelbagai agar pakaian serba putih tidak hambar.
#8 Guna Teknik “Layering”
Cari beberapa helaian berwarna putih untuk disuai-padankan bersama membentuk teknik penggayaan fesyen yang dipanggil layering (melapis).
Kardigan kot labuh disarung di bahagian luar, menutupi baju tanpa lengan yang nipis pada bahagian dalamnya.
Mereka yanng bertudung masih boleh mengenakan pakaian tidak berlengan jika memakai pakaian lengan panjang di sebelah dalam seperti ini…
Selamat mencuba!