Berita & Isu Semasa, Hiburan

Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Sah Kahwin Oktober Ini!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Song Joong Ki Dan Song Hye Kyo Sah Kahwin Oktober Ini!

Nampaknya impian peminat untuk melihat Song-Song couple disatukan akhirnya menjadi kenyataan kerana pihak pengurusan bagi hero dan heroin drama Descendants of the Sun ini tampil mengesahkan bahawa Song Joong Ki, 31 dan Song Hye Kyo, 36 akan berkahwin pada 31 Oktober nanti!

Sumber: tumblr
Sumber: Pinterest

Menurut laporan portal hiburan Korea allkpop, berita gembira ini dimaklumkan sendiri oleh syarikat yang menguruskan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dengan makluman,

Sumber: Pinterest

Kerana perkahwinan bukanlah perkara remeh dan ia turut melibatkan keluarga dari kedua belah pihak. Oleh sebab itu, kami sangat berhati-hati dalam perkongsian maklumat berkenaan hal ini. Kami harap semua orang faham mengapa baru sekarang semuanya terungkai. Kami mohon rahmat daripada semua untuk mendoakan kesejahteraan bagi pasangan ini dan berita ini juga akan dikongsikan sendiri oleh Song Joong Ki dan Song Hye Kyo kemudian.

Sumber: allkpop.com

Sebelum ini mereka pernah dikaitkan bersama menerusi beberapa gosip termasuklah apabila kedua-duanya dikatakan pergi bercuti ke Bali pada pertengahan Jun lalu namun ternyata khabar angin itu dibidas dan dinafikan oleh pihak pengurusan masing-masing.

? @lim_hyoseon

A post shared by Hyekyo Song (@kyo1122) on

Bukan itu sahaja, selepas perkongsian berita perkahwinan hero dan heroin Descendants of The Sun dilakukan semalam, pihak pengurusan Song Hye Kyo dalam sebuah kenyataan turut menafikan isu yang mengaitkan perkahwinan secara tiba-tiba ini dengan gosip aktres jelita itu sedang mengandung. Kata UAA (United Artist Agency), “Tidak sama sekali” manakala apabila wartawan mengajukan soalan apakah Song-Song Couple sudah mula bercinta sejak berlakon bersama dalam drama Descendants of The Sun, dengan mudah mereka menjawab, “Kami tidak tahu”.

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Hmm… tak kisah lah Song Hye Kyo tengah mengandung ataupun tidak, yang penting keduanya setuju untuk berkahwin!

Wanista ucapkan sekalung tahniah buat merpati dua sejoli ini.❤️

SUMBER 1, 2 & 3