Melihat wajah mereka banyak kali pun anda masih kagum malah sentiasa teruja!
Sering kali kita membandingkan kecantikan zaman dulu dan sekarang. Aktres zaman dahulu masih terlihat cantik dengan mekap yang minimal dan tanpa operasi plastik. Sedangkan, era moden seperti sekarang kebanyakan para aktres memilih operasi plastik dan lebih menggemari mekap yang tebal.
Ini antara ikon kecantikan yang menjadi buah mulut wanita.
1. Audrey Hepburn
Audrey Hepburn membuktikan bahawa ‘less is more’ dengan selesa mengenakan little black dress, turtle neck, ballet shoes dan sebagainya. Bahkan alis tebal yang dimiliki, solekan cat-eyes sememangnya memancarkan pesona malah mampu membuatkan ramai tergoda.
Baca: Tips Fesyen! Jom Bergaya Ikut Cara Ikon Audrey Hepburn
2. Grace Kelly
Grace Kelly adalah ikon kecantikan yang abadi. Kening yang kemas, bibir sentiasa merah, fesyen yang segar -semuanya kelihatan sempurna!
3. Marilyn Monroe
Terkenal dengan rambut platinum blonde, gincu merah dan dress berpotongan badan rona champagne, Marilyn Monroe adalah salah seorang selebriti paling ikonik sepanjang zaman.
Baca artikel: Bukan Rahsia Lagi! Ini 20 Gambar ‘Rare’ Hidup Biasa Marilyn Monroe
4. Elizabeth Taylor
Nak tahu tak, ketika zaman kegemilangannya, Elizabeth Taylor dikenali kerana gincu merah menyala yang sentiasa dipakainya. Malah ketika di set pula, tiada seorang pun dibenarkan memakai gincu warna sama dengannya.
5. Brigitte Bardot
Kecantikan yang sejati! Brigitte Bardot sebagai salah seorang wanita yang paling menakjubkan sepanjang zaman. Dengan solekan cat eye dan berambut perang sahaja, mata kita tidak dapat lari daripada memuji kecantikan semula jadi yang dimilikinya.
6. Monica Bellucci
Keyakinan wanita ini patut dihormati, beliau sangat santai dengan penampilannya, tidak takut proses penuaan dan langsung tidak pernah obses dengan berat badan.
7. Farrah Fawcett
Farrah Fawcett adalah seorang ikon bintang pop yang mana fesyen rambut berombaknya menjadi ikutan jutaan gadis-gadis muda.
8. Jane Birkin
Miliki kecantikan semula jadi yang membuatkan semua wanita cemburu. Lebih kerap dipuji sebagai ikon fesyen (tidak perlu banyak cakap kerana namanya sahaja digunakan untuk Hermes Birkin). Siapa yang tidak tahu sejarah Hermes, boleh baca di sini: 10 Fakta Tentang Tas Popular Hermès Birkin Yang Anda Belum Tahu
Bonus – Walaupun mereka berdua bukan golongan seni tapi tidak dinafikan kecantikan yang dimiliki oleh dua ikon ini sangatlah memukau wanita seantero dunia.
9. Puteri Diana
Puteri Diana, wanita diraja tapi penuh dengan sifat kesederhanaan dan berjiwa rakyat. Penampilannya hingga kini menjadi ikutan peminat walaupun berubah era.
Baca artikel: Ingin Tampak Semulajadi Dengan Mekap? Tiru 8 Rahsia Mekap Puteri Diana
10. Kate Middleton
Kate Middleton seorang wanita berkelas yang menjadi pujaan ramai gadis dan wanita seantero dunia. Dari hujung rambut sehingga hujung kaki, semuanya menjadi perhatian.
Baca: 10 Busana Paling Mahal Digayakan Kate Middleton Sepanjang Tahun 2016
Di antara mereka, siapa pilihan anda?