Tinggal lagi 3 hari untuk Huawei memperkenalkan model terbaru mereka di Malaysia iaitu HUAWEI Y7 Prime. Ia boleh didapati dikesemua stor HUAWEI Experience dan HUAWEI Display Zone pada 7 Julai 2017 ini. Telefon pintar model ini sesuai untuk pengguna yang mencari sebuah telefon pintar mempunyai fungsi ringkas dalam satu pakej.
HUAWEI Y7 Prime menggunakan Qualcomm Snapdragon 435 Processor dengan RAM bersaiz 3GB, 32GB simpanan dan lagi tambahan 128GB. Rekaan eksklusif pilihan warna emas (Gold) dan hitam (Black) dari logam dan permukaan yang licin jelas Y7 Prime model premium terbaik dari Huawei. Kuasa bateri 4000 mAh menjadikan pengguna Y7 Prime tidak terkandas untuk bergambar, menonton video dan melayari internet pada bila-bila masa.
Cukup setanding dengan telefon pintar lain, kamera HUAWEI Y7 Prime bahagian belakang dilengkapi 1.25µm pixels dan 8-megapixel kamera hadapan. Paparan telefon 2.5D 5.5-inch HD yang juga menjaga keselesaan mata dari penggunaan lama. Ia juga mempunyai slot untuk dual-SIM secara hibrid dan menggunakan paparan Android terbaharu 7.0 Nougat dengan tambahan EMUI 5.1 untuk paparan yang lebih pantas.
Apa yang menjadi lebih menarik HUAWEI Y7 Prime dijual dengan harga RM999.00! Sebuah telefon pintar paling ideal untuk mereka yang mempunyai bajet rendah. Jadi pada anda yang inginkan telefon pintar yang menjimatkan, HUAWEI Y7 Prime pasti boleh menjadi milik anda. Tunggu 7 Julai ini ya!