Nampaknya Kate Middleton berani mengubah penampilannya untuk musim panas ni.
Beliau baru-baru ini menyertai satu lawatan ke Wimbledon bagi menonton perlawanan tennis, menggenakan sepasang dress monokrom bercetak polk-a-dot dari Dolce and Gabbana sambil ditemani gaya rambut baru!
Tak dinafikan gaya barunya itu menyerlahkan lagi keayuan wajahnya dan beliau sememangnya layak digelar fashionista sebenar.
Tidak seperti puteri raja lain yang selesa mengikat atau menyanggul rambut, Kate yakin dan berasa gemar membiarkan rambutnya lepas. Menurut penggaya rambut peribadinya Richard Ward pula, bagi mengekalkan tekstur rambut ikal mayang yang sihat milik Kate, adalah lebih wajar jika ianya dibiarkan lepas agar tidak kusut dan sentiasa bersinar.
Gaya rambut baru puteri ikonik itu adalah jenis “bob brigade” iaitu potongan paras bahu bertekstur, jauh lebih pendek berbanding rambutnya sebelum ini dan bagi menampakkan gaya lebih klasik, beliau menggulungkan beberapa bahagian hujunng rambutnya sambil rambut hadapan disisir ketepi.