Tips - Fesyen

Perak Ke Emas? Tips Pilih Aksesori Yang Kena Dengan Warna Kulit

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Perak Ke Emas? Tips Pilih Aksesori Yang Kena Dengan Warna Kulit

Terutamanya bakal-bakal pengantin, pasti ramai yang keliru sekaligus binggung apakah emas kuning atau emas putih yang lebih cantik untuk dipakai.

Kebiasaannya mereka yang bersifat tradisional lebih gemar memakai emas kuning kerana kita tahu nilai emas kuning memang tiada bandingannya -melambangkan perhiasan yang berharga, namun lain pula bagi gadis-gadis sunti yang lebih moden kerana semuanya bercita rasa ala orang barat yang tertarik pada rekaan perhiasan emas putih kerana nampak lebih anggun dan unik.

Tidak kurangnya, anda juga yang berminat dengan batu permata. Tetapi berapa ramai pula yang prihatin tentang kesesuaian aksesori dengan diri sebelum membelinya? 

Sumber: flickr

Penulis sendiri adalah seorang yang sangat cerewet apabila perlu mengeluarkan bajet yang banyak. Jadi sebelum membeli, penulis akan berkira-kira terlebih dahulu dambil meneliti kualiti, membandingkan harga dan sebagainya. Jika anda mahu membeli sesuatu pada harga yang tinggi seperti cincin kahwin atau barang kemas, sudah tentu anda juga akan menimbang tara perinciannya dahulu. Jika beli tapi selepas beberapa minggu anda rasa ianya tidak sesuai dengan diri buat apa, betul tak?

Sumber: Grace Woodrow Jewelry

Wanista kongsikan cara bagaimana anda boleh mencari aksesori barang kemas yang bukan sahaja cantik malah bertepatan dengan tona kulit.

#1 Periksa Warna Urat Untuk Tahu Emas Atau Perak Lebih Sesuai

Bawah cahaya matahari, periksa warna urat pada pergelangan tangan. Jika nadi berwarna biru, bermakna anda memiliki tona kulit sejuk. Jika urat berwarna hijau, anda memiliki tona kulit panas. Jika keliru kerana kadang-kala urat anda kelihatan hijau dan kadang-kala berwarna biru? Itu bermakna anda neutral!

Sumber: easytehran.com

Kulit tona sejuk = Barang kemas perak (silver/emas putih)

Kulit tona panas = Barang kemas asli (emas kuning)

Neutral = Bertuah! Sesuai sama ada memakai barang kemas rona perak mahupun emas kuning.

#2 Warna Permata 

Sumber: pinsdaddy.com

Berlian, delima, nilam… semuanya cantik-cantik belaka buatkan kita berpinar kerana rambang mata. Mana yang sesuai dengan diri?

Tona kulit sejuk sesuai dipadankan dengan semua jenis batu permata terutamanya berlian kerana kilauannya bakal menyerlahkan kompleksi kulit anda itu.

Sumber: pinterest

Bagi yang bertona kulit panas pula, cuba cari batu permata yang mempunyai kilauan yang agak kekuningan seperti batu permata jenis peridot, jed, imperial topaz, cintrine dan lain-lain. Elakan batu permata warna menonjol seperti biru, ungu, merah jambu dan emerald kerana ianya akan nampak janggal pada tona kulit gelap.

#3 Warna Mutiara

Sumber: Pure Pearls

Mutiara hadir dalam pelbagai warna. Bukan sahaja dijumpai dalam warna putih bahkan kadang-kala ada mutiara yang berwarna kuning keemasan, hitam serta merah jambu. Jadi yang mana lebih sesuai dengan tona kulit anda?

Mutiara hitam. Sumber: medium.com

Tona kulit sejuk lebih cantik dilihat dengan mutiara yang berasaskan rona putih klasik manakala tona kulit panas lebih menawan jika dipadankan dengan butiran mutiara berwarna agak gelap seperti hitam, kebiruan mahupun kuning keemasan.

Mutiara dalam kumpulan rona merah jambu yang sesuai untuk si tona panas. Sumber: Pearls Only

Ingat, jangan beli kerana nafsu tapi belilah kerana anda suka dan bersesuaian dengan diri. bak kata pepatah, “ukur baju perlulah di badan sendiri”. 

Semoga ilmu bermanfaat untuk semua!

RUJUKAN 1 & 2

Komen Anda