Fesyen

Selena Gomez Menyerlah Untuk Kempen Musim Luruh Coach

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Selena Gomez Menyerlah Untuk Kempen Musim Luruh Coach

Coach  tampil mengumumkan Selena Gomez sebagai wajah untuk kempen musim luruhnya. Selebriti jelita itu disunting untuk mengetengahkan sifat yang berlatarkan kehidupan santai warga Amerika, dalam masa sama menghargai lanskap kota metropolitan New York.

IKLAN
Coach Rogue . Foto -Arkib wanista

Untuk membangkitkan aura realistik, Selena Gomez membawa watak sebagai seorang gadis asli New York yang bersiar-siar dalam kenderaan vintaj jenis Plymouth Fury 1976 demi memancarkan simbol kebebasan berpanjangan.

Lebih mengujakan, pengambaran hebat untuk kempen musim luruh Coach 2017 dijayakan dengan kerjasama Jurugambar Profesional Steven Meisel, Penata Gaya Karl Templer, Pengarah Kreatif Fabien Baron, Jurusolek Par McGrath dan Penggaya Rambut Guido Palau.

Coach Swagger. Foto -Arkib Wanista

Sehubungan pelancaran koleksi musim luruh, Coach juga bakal menerbitkan tiga filem pendek yang turut memuatkan tiga imej rekaan beg terkini dari Coach termasuklah Rouge, Coach Swagger dan Edie.

Sila klik [malaysia.coach.com] untuk keterangan lanjut.