Jenama kaca mata, Bolon, telah menyatukan elemen seni dan fesyen dalam memperkenalkan reka bentuk yang asli dan unik untuk koleksi kaca mata Bolon 2017.
Bolon menampilkan pelakon Amerika Syarikat serta pemenang anugerah Academy, Anne Hathaway, yang sememangnya terkenal dengan gaya fesyennya yang elegan sebagai duta jenama sejak 2016. Bolon, yang diasaskan pada tahun 2003 dan mula dilancarkan di Malaysia pada 2016 telah berjaya mengukuhkan kedudukannya disamping melakar kejayaan di seluruh Asia Pasifik.
Kaca mata mewah rekaan Itali, kini bersedia untuk menghangatkan lagi musim panas ini dengan reka bentuk yang mampu menyerlahkan keperibadian seseorang melalui pemilihan gaya klasik atau moden yang lebih berani. Setiap koleksi menawarkan reka bentuk fesyen kontemporari unik yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan teknik ukiran terkini dan bersesuaian dengan gaya pemakaian masyarakat hari ini.
Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.