Berita & Isu Semasa, Hiburan

Gara-Gara Bukan Orang Perancis, G-Dragon Terima Cacian Kerana Jadi Wajah Kempen Chanel

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Gara-Gara Bukan Orang Perancis, G-Dragon Terima Cacian Kerana Jadi Wajah Kempen Chanel

Berbaur perkauman, G-Dragon baru-baru ini diserang hendap oleh netizen kerana berasa tidak puas hati terhadap kemunculan bintang kpop itu dalam iklan untuk kempen terkini jenama rumah fesyen terulung dari Perancis iaitu Chanel.

IKLAN
Sumber: Chanel/allkpop.com
Sumber: Chanel/allkpop.com

Memandangkan sebelum ini Chanel hanya mengambil bintang dari dalam kalangan mereka yang berdarah barat sebagai muka untuk kempen-kempen fesyennya, ramai jadi tidak keruan apabila tempat itu tiba-tiba seolah dirampas oleh individu yang tidak bersifat classy seperti G-Dragon.

Sumber: Chanel/allkpop.com

Tonton Video Iklan Kempen Chanel Gabriella x G-Dragon 

In Macau with G-Dragon, for CHANEL's GABRIELLE bag campaign.Learn more on chanel.com/-GABRIELLE-G-Dragon

Nai-post ni CHANEL noong Lunes, Hunyo 26, 2017

Difahamkan, pengambaran video iklan yang menampilkan kolaborasi Chanel dengan G-Dragon untuk rekaan beg Gabriella itu berlokasi di Macau, China berkonsepkan gaya hidup G-Dragon sebagai selebriti pujaan ramai.

Sumber: Chanel/allkpop.com
Sumber: Chanel/allkpop.com

Meskipun begitu, kredibiliti dan latar belakang G-Dragon tetap juga dipertikaikan bahkan ada yang beranggapan bintang kpop itu tidak memiliki sifat dan gaya yang bersesuaian dengan identiti Chanel.

IKLAN

Sumber: Chanel/allkpop.com

Kekecewaan demi kekecewaan yang diluahkan haters yang rata-ratanya ‘orang putih’, namun masih ada mereka yang bersetuju dengan kemunculan G-Dragon.

Apa yang jelas, kempen untuk mempromosikan rekaan beg terkini Chanel ini adalah untuk semua tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun status bahkan Chanel juga sebelum ini pernah bekerjasama dengan Willow Smith (selebriti berkulit hitam) dan Liu Wen (peragawati berbangsa Cina) dan masing-masing tidak mempunyai darah Perancis.

Willow Smith pernah menjadi wajah untuk kempen kecantikan Chanel musim lalu. Sumber: Pinterest
Supermodel Liu Wen untuk Chanel. Sumber: Fashionela

Oh well, janganlah racist sangat kan?

Apa pendapat anda?

SUMBER 1, 2 & 3