Dekorasi, Ramadhan & Aidilfitri, Tips

5 Persedian Menyambut Tetamu Sepanjang Lebaran Ini

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
5 Persedian Menyambut Tetamu Sepanjang Lebaran Ini

Sudah menjadi aktiviti tahunan apabila tibanya Hari Raya, ramai orang akan menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu para tetamu selain bisa merapatkan silaturahim sesama keluarga, jiran tetangga dan kenalan.

IKLAN

Dalam menyediakan seribu satu juadah yang enak buat tetamu, kita sering terupa untuk membuat persediaan yang secukupnya dari segi penyediaan ruang yang kondusif dan selesa buat para jemputan sekalian merangkumi dekorasi serta hiasan dalaman rumah yang bukan hanya fokus kepada pemilihan perabot dan perhiasan semata-mata malah juga perlu diselarikan dengan ciri yang bertepatan dengan jiwa si tetamu.

#1 Cinta Pandang Pertama

Tiba masa untuk bergotong-royong! Nak sambut tetamu mestilah pastika rumah bersih berseri :)

Sumber; Sainsbury’s Home

Tentunya anda mahukan yang terbaik, sebaik kaki tetamu melangkah masuk ke kediaman. Simpan segala barangan ekstra yang tidak berkenaan di stor atau ruang penyimpanan. Buang yang tidak perlu, lap habuk pada setiap permukaan meja kopi, kabinet dan koleksi perhiasan kaca. Jika mahukan dimensi baru tanpa melibatkan kos, ubah reka letak perabot sedia ada.

#2 Kusyen

Sumber: Sainsbury’s Home

Pereka, Sarah Richardson menghidupkan ruang santai menerusi susun atur kusyen bermacam bentuk dan motif fabrik. Dia memilih fabrik musim panas yang bersifat ringan seperti linen dan kapas untuk gaya kasual. Fabrik baldu dalam warna kelam gelita; marun, biru gelap membias mood mewah.

#3 Sofa Yang Mencukupi

Sumber: freshome.com

“Jangan ralat menerima tetamu kejutan, sentiasa bersedia dan sambut dengan mesra. There’s always space for everyone,” kata pereka, Kelli Ford dan Kirsten Fitzgibbons. Cuba seksyenkan setiap ruang duduk untuk mencipta ilusi ruang lebih luas dan pandangan tidak sesak. Sofa berbentuk L memberi lebih ruang duduk di kamar tamu utama.

IKLAN

#4 Pinggan Mangkuk

Sumber: Walmart.com

Jangan sesekali menghidangkan tetamu dengan set pinggan dan kutleri plastik. So not stylish! Masa inilah, anda mengeluarkan seluruh koleksi porselin Chinaware yang terperuk dalam almari itu. Susun kesemua set pinggan dan kutleri mengikut tata cara meja makan yang betul. Basuh dan lap set pinggan mangkuk sebelum menghidang. Pastikan tiada kesan retak atau sumbing.

#5 Aroma Nan Memukau

Sumber: Pairfum

Aroma nota bunga-bungaan atau kayu-kayan mewah menemani sepanjang keraian berlangsung bisa menyuntik damai di sanubari. Ramuan bauan bunga ylang-ylang, lili, lavender dan sitrus berkuasa menebar sensasi romantis. Nyalakan lilin beraroma pilihan atau pewangi diffuser di ruang tamu, rumah makan dan kamar kecil.