Kesihatan

[Info Sihat] Apa Warna Air Kencing Kata Tentang Kesihatanmu

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Info Sihat] Apa Warna Air Kencing Kata Tentang Kesihatanmu

Kita sering kali pelik apabila air kencing bertukar warna, menjadi lain daripada kebiasaan. Apakah isu ini normal atau ia berlaku atas sebab yang berkait rapat dengan kesihatan?

IKLAN

Untuk pengetahuan semua, Wanista kongsikan info kesihatan berkenaannya.

#1 Kemerahan

Makanan yang diambil juga kadangkala memainkan peranan dalam perubahan warna air kencing. Contohnya, ubi bit, beri biru atau buah naga boleh menyebabkan warna air kencing anda bertukar menjadi kemerah-merahan. Ada yang menganggap ia adalah darah.

Namun, jika kamu tidak mengambil mana-mana makanan yang disebut, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia boleh jadi kerana anda terkena jangkitan atau sesuatu yang lebih serius seperti penyakit kanser.

#2 Oren Seperti Madu

Warna seakan kuning gelap dan ini menandakan anda perlu menambah kuantiti pengambilan air minuman putih dengan kadar segera. Jika tidak, anda bakal berhadapan dengan  masalah dehidrasi .

#3 Biru atau Kehijauan

IKLAN

Terdapat situasi-situasi rare yang berlaku di mana air kencing akan bertukar menjadi warna biru atau hijau. Ini mungkin kerana saluran kencing anda sudah terkena jangkitan.

Mungkin juga kerana ubat-ubatan yang telah diambil menjadikan warna air kencing anda bertukar warna seperti ini. Jadi, lebih baik sekiranya anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah ini dengan lebih lanjut.

#4 Kuning Jernih atau Kuning Cair

Ini adalah satu petanda yang baik. Warna ini bermaksud anda sihat dan buah pinggang anda juga sedang berfungsi dengan baik. Ia juga satu petanda yang menunjukkan anda terhidrat dengan baik.

#5 Kuning 

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana warna air kencing seperti ini adalah dalam kondisi yang biasa bagi individu-individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.

#6 Kuning Gelap

Pada tahap ini, anda tidaklah perlu terlalu bimbang tetapi apa yang perlu dibuat adalah dengan meningkatkan pengambilan minuman air putih.

Warna kuning gelap menunjukkan bahawa toksin dalam air kencing telah dipindahkan daripada badan dan gagal untuk dicairkan seperti dalam proses yang sepatutnya dilakukan.

#7 Putih Jernih 

Jika anda membuang air kecil dan kelihatan berwarna jernih, ia mungkin kerana anda telah banyak minum air putih. Pengambilan cecair tambahan mungkin akan menyebabkan anda kerap kali membuang air dan secara tidak langsung ia mencuci warna kekuningan biasa air kencing.

Bonus!

Kencing Berbuih

Dalam sesetengah situasi, kencing berbuih itu adalah perkara biasa. Namun, jika air kencing itu berbuih luar biasa seperti kebiasaan, ia mungkin kerana anda telah lebih mengambil protein dalam diet pemakanan.

Hal ini juga dikhuatiri bersangkut paut dengan masalah buah pinggang. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.

Selepas ini diharap anda tidak lagi memandang remeh tentang perubahan warna air kencing. Yakinlah bahawa setiap warna yang terhasil itu membawa maksud yang berlainan tentang tahap kesihatan anda.

RUJUKAN 1 & 2