Berita & Isu Semasa

6.75 Juta Jemaah Akan Tunai Umrah Tahun Ini

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
6.75 Juta Jemaah Akan Tunai Umrah Tahun Ini

Dianggarkan kira-kira 6.75 juta visa umrah dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi tahun ini, menjadikan peningkatkan sebanyak enam peratus berbanding tahun lalu.

IKLAN

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkannya, Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Salleh Banten berkata, peningkatkan itu selari dengan matlamat Wawasan Saudi 2030.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan, terdapat penurunan bilangan jemaah umrah dari beberapa negara seperti Mesir, Turki dan Jordan yang berpunca daripada keadaan ekonomi dan keselamatan.

Bagaimanapun, jumlah jemaah dari Amerika Syarikat, Jerman dan Norway serta beberapa negara lain meningkat.

Warga Pakistan menduduki tangga teratas senarai jemaah umrah tahun ini dengan 1,446,284 orang mengerjakan ibadah itu. Ia diikuti oleh Indonesia dengan 875,958 jemaah, peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding tahun lalu. India berada ditangga ketiga dengan 624,604 juta jemaah sementara 80,977 jemaah adalah warga Bangladesh.

Sebanyak 264,878 visa umrah juga dikeluarkan kepada rakyat Iraq, penambahan sebanyak 58 peratus berbanding tahun lalu.

Dalam pada itu, setiausaha rendah kementerian berkenaan, Mohammed Al-Klaiby berkata, kadar penginapan di hotel di Makkah dan Madinah juga tinggi musim ini.

Katanya, terdapat peningkatan 113 peratus dalam kadar penginapan di hotel lima bintang sementara kadar penginapan hotel empat bintang meningkat 71.2 peratus.

SUMBER

IKLAN