Bagi menyambut kemegahan inovasi sepatu klasik CAMPUS dari adidas Originals. jenama ikonik ini sekali lagi mengeluarkan rekaan CAMPUS yang telah diolah dan diberi nafas baharu menerusi rekaan yang dilitupi fabrikasi jenis baldu pada bahagian atas kasut manakala perincian tiga jalur pula diterapakan pada bahagian sisi untuk lebih keunggulan.
Ditawarkan dalam pilihan rona hitam, kelabu dan biru, setiap satunya berciri artistik yang mampu menyalurkan aura berani buat si pemakai.
Kempen No Time To Think telah diinspirasikan oleh keadaan hip di Kota New York sekitar tahun 90an untuk mencerminkan keaslian serta kreativiti rekaan kasut versatile berkenaan digandingkan pula dengan bakat seperti Blondey McCoy, Na-Kel Smith, Tavia Bonetti dan Tiffany Lighty kerana memiliki personaliti setanding penjenamaan yang dibawakan perwatakan CAMPUS.
Sejak rekaan sneakers CAMPUS ini mula diperkenalkan pada tahun 1980, ianya adalah antara kasut yang paling gah di arena bola keranjang.
Pada awalnya dahulu hanya terdapat dalam warna merah hati dan hijau namun kini, ianya semakin diminati dan telah disisip dengan pelbagai perincian baharu lebih moden agar bersesuaian dengan gaya pemakaian individu masa kini.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [shop.adidas.com.my/brands/originals.html].