Kelam-kabut, selalu berfikiran negatif, cuai dan pelbagai macam lagi bila kita berhadapan dengan situasi panik. Degupan jantung pun jadi laju dan tangan menggeletar bila perasaan gementar resah datang menerpa. Walaupun ada keadaan panik yang hanya beberapa minit namun ia boleh memberi kesan yang berpanjangan. Ada juga yang memberi kesan lain pada kesihatan mental dan individu sekeliling.
Pada anda yang sentiasa panik dan sering terbabit dalam keadaan suspen yang dicipta dari diri sendiri, jangan risau. Sebenarnya ada cara yang sesuai untuk anda atasinya, apa yang paling penting anda kena ingat. Siapa yang mengawal diri kita, ialah kita sendiri. Jadi….
Tarik nafas dan Istigfar – cuba biasakan diri dengan menarik nafas dalam. Bila anda menarik nafas sekurang-kurangya tiga kali dapat meredakan degupan jantung yang laju. Pada anda yang beragama Islam, cuba beristigfar untuk kembali tenang.
Jangan fikir ‘kalau’ – penyakit suka berfikir negatif biasanya datang bila kita mula bercakap dengan ‘kalau’. Dalam ligat fikir ‘kalau bos marah macam mana’, ‘kalau memang telefon hilang’, memang sampai bila-bila takkan habis. Kenapa anda kena fikir yang buruk? Sudah memang terjadi, paling penting ialah fokus mencari jalan penyelesaian bukan menambah garam pada luka yang pedih.
Minta bantuan – pasti anda punya kenalan terdekat yang tahu dengan dengan sikap panik anda. Jika anda masih tidak dapat mengawal keadaan, cuba dapatkan bantuan dari mereka. Luahkan situasi anda pada mereka, supaya sedikit sebanyak untuk anda rasa lega dan bertenang. Meluahkan lebih baik dari memendam.
Cuba amalkan tiga teknik mudah diatas, bila kita dalam keadaan tenang baru kita dapat berfikir secara rasional untuk menyelesai masalah yang ditimpa dengan baik.